Gaya HidupSantai

Wow, Banyaknya Tempat Menarik Di Terengganu Yang Boleh Kita Pergi

Tempat Menarik Di Terengganu - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Cuti pertengahan penggal kedua persekolahan sudah bermula. Jom dapatkan info tempat menarik Di Terengganu.

Pasti ramai yang sedang sibuk mencari tempat percutian yang menarik dan seronok untuk dihabiskan bersama keluarga tersayang.

Mungkin WOM.my boleh membantu anda untuk memilih destinasi yang sesuai. Jom, kita semak destinasi menarik di Pantai Timur. Terengganu merupakan salah satu lokasi ‘hot’ untuk dijadikan destinasi percutian anda. Ia terletak di pantai timur Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Selain itu, kawasannya yang dekat dengan laut menjadikan ia sebagai salah satu tarikan kepada para pelancong. Pasti anda terpesona dengan keindahan serta pemandangan menarik di sekitar negeri Terengganu.

Negeri Terengganu mempunyai pantai yang amat panjang. Memiliki pulau yang cantik dan terbanyak di Semenanjung Malaysia. Pelbagai aktiviti yang lasak dan menyeronokkan  boleh dilakukan seperti snorkeling, scuba diving,bersiar-siar di tepi pantai dan sebagainya.

Antara tempat menarik di Terengganu yang boleh anda kunjungi:

1. Pantai Pandak

Aktiviti mengetam atau menangkap ketam sangat popular disini. Musimnya hampir serentak dengan musim mencandat sotong. Operasi mengetam paling ‘best’ dilakukan pada waktu malam. Jika masih mahu juga mengetam pada sebelah petang, semuanya bergantung pada nasib. Ini adalah kerana ketam tidak banyak ‘keluar’ pada waktu tersebut.

2. Pantai Bukit Keluang

Pantainya yang bersih dan pasir yang memutih sering menjadi destinasi pilihan ramai untuk bercuti pada hujung minggu atau hari cuti. Selain daripada keindahan pantai, anda juga boleh meneroka gua yang terdapat di tepi pantai ini. Pemandangan di dalam gua ini sangat menarik dan mengagumkan. Gua di Bukit Keluang ini mudah dan selamat untuk diterokai.

3.Pantai Teluk Bidara

Pantai ini merupakan pantai perkelahan terkenal di negeri Terengganu. Pantai kegemaran ramai itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.

Memang banyak lagi pulau lain yang ada di Terengganu, namun tiga buah pulau ini merupakan cadangan WOMmy kalau mahu bercuti ke pulau di Terengganu. Antaranya ialah  Pulau Redang, Pulau Perhentian dan juga Pulau Kapas.

Pulau Redang

Pulau Redang mempunyai air laut yang jernih dan banyak kawasan menyelam untuk para pelancong , perairan yang kaya dengan hidupan laut. Lebih-lebih lagi apabila waktu tengahari, anda akan dapat melihat batu-batu karang dan ikan dengan jelas. Di samping itu, di perairan Pulau Redang juga terdapat dua buah bangkai kapal bersejarah yang tenggelam di situ pada permulaan Perang Dunia Kedua. Sebarang penangkapan ikan juga tidak dibenarkan kerana Pulau Redang telah di wartakan sebagai taman laut.

Pulau Perhentian

Aktivitinya lebih kurang sama dengan pulau lain, apa yang membezakan pulau ini dengan pulau lain ialah air lautnya yang biru sangat menggegar jiwa.

Pulau Kapas

Pulau Kapas mempunyai pulau yang indah, hutan semulajadi yang segar, air laut yang biru, pantai yang menarik dan terumbu karang yang berwarna-warni. Anda bolehlah melakukan aktiviti snorkelling, memancing dan sebagainya.

Tempat menarik di Terengganu tidak hanya tertumpu kepada pantai ataupun pulau sahaja. Terengganu juga mempunyai kronologi sejarah yang tersendiri dimana ia merupakan tempat tinggalan sejarah Islam. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut,anda bolehlah berkunjung ke:

Taman Tamadun Islam

Tempat Menarik Di Terengganu - women online magazine (4)

Menampilkan aspek terbaik seni bina Islam, Taman Tamadun Islam. Pulau Wan Man adalah salah satu daripada tarikan utama di negeri ini. Masjid Kristal yang diperbuat daripada keluli dan kaca yang berkilauan menjadi hiasan utamanya. Manakala Taman Monumen yang menakjubkan mempamerkan replika 22 daripada bangunan-bangunan Islam yang termasyhur di dunia seperti Kubah As-Sakhrah Baitulmuqaddis dan Taj Mahal di India.

Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Dikatakan kompleks muzium ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Kompleks Muzium  Negeri Terengganu meliputi empat blok utama dengan Muzium Maritim terletak bersebelahan dengan kompleks bangunan utama. Pelajari tentang sejarah silam dan warisan budaya Terengganu yang kaya dan saksikan beberapa kenderaan lama. Di laman kompleks ini juga terdapat replika saiz sebenar rumah-rumah tradisional negeri ini.

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Tempat Menarik Di Terengganu - women online magazine (2)

 

Ia juga di kenali sebagai Masjid Terapung , masjid ini melambangkan inovasi dan pemodenan di Negeri Terengganu.Selain tempat menarik di Terengganu, makanan di sini juga boleh tahan sedap. Bagi yang suka makanan laut, anda bolehlah mencuba makanan di Terengganu. Makanan di sini agak unik dan sukar untuk ditemui di tempat lain. Antaranya ialah:

Ikan Celup Tepung (ICT)

Orang Terengganu memang suka makanan yang berasaskan sumber laut seperti ikan, udang dan ketam. Kalau di area Kuala Terengganu, beberapa destinasi untuk makanan laut celup tepung boleh ditemui. Paling popular di Pantai Teluk Ketapang dan juga Mengabang Telipot.

Keropok Lekor

Tempat Menarik Di Terengganu - women online magazine (3)

Tak perlu diperkenalkan lagi, Terengganu memang cukup sinonim dengan keropok lekor. Antara destinasi yang best untuk membeli keropok lekor ialah di Kampung Losong dan Kedai Keropok Lekor BTB 2209 di Kg Bukit Tok Bing. Jangan terkejut, sekarang ni keropok lekor berkeju, keropok lekor lada hitam dan keropok lekor bawang berkeju sudah ada di pasaran. Satu kelainan yang amat jarang sekali untuk dijumpai di tempat lain.

Nasi Dagang

Nasi dagang juga merupakan salah satu makanan pagi yang amat popular di Terengganu dan destinasi yang best ialah di sekitar Dungun iaitu Warung Power. Sementara di Kuala Terengganu, satu destinasi yang amat popular sudah tentu di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah.

Ketupat Sotong

Menu lauk makan tengahari dan juga boleh dimakan seperti bubur. Antara kedai yang popular di sekitar bandar Kuala Terengganu ialah di AZ Selera Timur manakala kalau di Kemaman ialah di Restoran Ani Selera Kampung.

Sata dan Otak-Otak

Kalau bercakap pasal makanan ini, destinasinya sudah tentu di daerah Kemaman iaitu di Warung Aziz Sata. Selain otak-otak kita juga boleh mencuba makanan lain di sini seperti pais sotong, udang dan ikan.

Keenakan Telur Penyu

Terengganu memang cukup sinonim dengan telur penyu. Kalau anda berminat nak rasa keunikan telur penyu ni, salah satu destinasi makan yang biasa orang pergi ialah di Kuala Terengganu ialah di Restoran Mat Binjai.

Lepas makan kenyang, tentulah kaum wanita nak cari tempat untuk membeli belah. Tempat menarik di Terengganu untuk membeli belah ialah di Pasar Besar Kedai Payang wajib dilawati. Di sini memang banyak tarikan dan keunikannya yang tersendiri yang menjadikan Pasar Besar Kedai Payang salah satu destinasi pelancong luar. Antara barangan yang menarik ada di sini ialah barangan kraftangan, batik, sutera terengganu, songket, keropok lekor, keropok keping, barangan tembaga, tudung, baju kelawar dan macam-macam lagi.

Pilihan kompleks membeli belah di Terengganu tidaklah terlalu banyak seperti di Kuala Lumpur atau Selangor. Lokasi membeli belah paling popular di Kuala Terengganu ialah di Mydin Mall dan juga Giant yang bersebelahan. Kalau nak tengok wayang di Terengganu, memang susah. Hanya satu destinasi sahaja yang boleh kita tengok wayang iaitu di Mesra Mall yang terletak di Kertih, Kemaman, Terengganu.

Kalau nak dikupas satu persatu memang banyak tempat menarik di Terengganu  boleh anda kunjungi. Kini, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan, sama ada anda suka destinasi yang bersejarah, flora dan fauna ataupun destinasi yang lasak. Selamat bercuti ya!

Kredit foto kepada seamonkeydivermelissathegreattravel2malaysia

<< Jom bina taman mini di rumah anda sekarang di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Pentingnya Buat Ujian Darah. Baru Tahu, Kita Sihat @ Tidak

Next post

Fahamkan Betul-Betul Apa Itu GST

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. September 13, 2014 at 9:11 pm — Reply

    Terengganu mmg banyak tempat menarik…thanx for the ideas… sgt mmembantu

Leave a Reply to Hasnieda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *