Gaya HidupKewanitaanSihat

Masalah Kesihatan Paling Gerun Buat Wanita 40-an

tips kekal cantik wanita 40an - women online magazine

Kredit Foto: euronewsgeny

Wanita 4–an. Pelbagai masalah kesihatan umumnya terjadi apabila wanita mencecah usia 40-an.

Bertambahnya usia, akan bertambah jugalah pelbagai masalah kesihatan yang akan melewati wanita 40-an ini.  Fungsi beberapa organ tubuh ketika usia tua tentunya tidak sekuat atau sebaik waktu anda masih muda. Memiliki kehidupan bahagia dan sihat bagi wanita 40-an ini sangat penting.

Kebahagiaan tersebut tidak semestinya harus dilimpahi dengan  pelbagai kemewahan hidup. Sebaliknya, hidup bahagia bagi mereka ini adalah berasa selesa, bebas daripada sebarang tekanan serta disertai tubuh badan yang sihat.

Menjaga kesihatan, terutama wanita 40-an adalah perkara yang sangat penting dan perlu diberikan perhatian. Apapun, berusahalah menikmati hidup anda supaya tercipta hidup yang bahagia serta terhindar daripada segala penyakit.

 

Antara masalah kesihatan yang kerap menyerang wanita 40-an;

1. Kerapuhan tulang 

Osteoporosis atau kerapuhan tulang ini sering dialami oleh mereka yang sudah berusia. Ia terjadi kerana tulang menjadi rapuh akibat penurunan kepadatan tulang. Osteoporosis ini sering dialami kaum wanita dibandingkan kaum lelaki. Bahkan wanita juga cenderung kehilangan kalsium daripada tubuh mereka dengan mudah.

 

2. Arthritis

Arthritis atau radang sendi merupakan penyakit yang menyerang tulang selain osteoporosis. Athritis boleh mempengaruhi tulang belakang, pergelangan tangan, lutut, pinggang dan jari.

 

3. Gangguan Penglihatan

Penglihatan wanita 40-an mula berkurangan, dan anda harus membuat pemeriksaan mata. Glukoma juga merupakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan. Glukoma dapat menyebabkan kerosakan saraf optik pada mata.

 

4. Tiroid

Orang yang letih, bertambah berat badannya, rambut rosak dan kulit kehilangan kesegarannya, disarankan membuat pemeriksaan tiroid. Pemeriksaan kelenjar di leher ini membantu mengawal tahap energi dan mengatur hormon.

 

Baca Juga: Punca Kerap Sakit Belakang

 

5. Fungsi Kognitif Menurun

Daya ingat wanita 40-an mula menurun sedikit demi sedikit. Apabila seseorang mengalami keadaan ini biasanya dia akan mengalami kebingungan pada ketika melakukan sesuatu.

 

6. Gangguan Emosi

Bukan hanya gangguan fizikal sahaja yang membayangi kehidupan wanita 40-an. Namun,  masalah kesihatan ini juga saling berkait dengan  mental. Bahkan, wanita 40-an mempunyai masalah tidur yang lebih teruk berbanding lelaki. Tidur yang tidak berkualiti juga akan menambah risiko hipertensi pada wanita sehingga dua kali ganda.

 

Ekstra Tips!

Wanita 40-an perlu lebih berhati memilih menu makanan bagi mendapatkan tubuh yang sihat. Jom, semak beberapa makanan yang disarankan wanita 40-an mengambilnya.

Oat – Mengandung serat yang mampu menurunkan kadar kolesterol jahat. Selain itu, oat juga mempunyai antioksidan unik untuk mencegah pembentukan plak dalam dinding arteri

 

Susu – Jangan malas minum susu jika tidak mahu meningkatkan osteoporosis.

 

Ayam – Daging ayam adalah sumber protein terbaik uantuk menjaga berat badan dan pembentukan otot.

 

Tomato – Kandungan lycopene di dalam tomato merupakan antioksidan pencegah kanser, serta melindungi pembuluh darah daripada bergumpalan. Samada dimakan mentah atau dimasak, tomato adalah salah satu makanan wajib untuk wanita 40-an.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Anda pernah hilang kosentrasi atau tumpuan dalam bekerja? Ingin tahu cara untuk mengatasinya? Klik link ini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kekal Muda Dengan Krim Collagen

Next post

5 Pakaian Yang Tak Boleh Digayakan Oleh Si Badan Kurus!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *