Gaya HidupKarier & Wang

Seronoknya Kalau Dapat Kerja Kerajaan. Ketahui Triknya!

Tips Temuduga Kerajaan - women online magazine

Tentu ramai di antara kita yang teringin untuk menjawat jawatan kerajaan. Lebih lagi, bila mengenangkan ‘bonus' yang bakal diterima nanti!

Semua itu sudah pasti membuatkan ramai yang teruja untuk menjawat jawatan kerajaan. Untuk merealisasikan impian tersebut, anda perlu melalui sekurang-kurangnya tiga proses iaitu membuat permohonan, menghadapi peperiksaan dan menghadiri temuduga. Inilah bahagian yang paling gentar sehingga boleh membuatkan anda tak tidur malam.

WOM.my sedia membantu anda dengan beberapa tips berguna.

Tips Sebelum Menghadapi Temuduga

  • Pastikan anda telah bersedia dengan ilmu-ilmu dalam kerjaya yang anda pohon.
  • Pastikan surat temuduga, RESUME, sijil-sijil sokongan dan surat sokongan sudah disiapkan. Adalah lebih baik jika anda letakkan kesemuanya dalam satu file ‘clear folder ’ dan letakkan di tempat yang mudah anda cari dan ingat. Susun kesemua dokumen tadi mengikut turutan yang disarankan.
  • Pastikan anda jelas dan tahu lokasi temuduga tersebut. Jika boleh, survey dahulu selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh temuduga anda.
  • Pastikan pakaian yang anda pakai bersesuaian, kemas, bergosok dan menarik. Sediakan pakaian anda awal sebelum menghadapi temuduga ini supaya anda tidak tertinggal barangan lain yang penting.
  • Mintalah restu dan doa ibu bapa anda untuk mengahdiri temuduga.
  • Pastikan anda tidur awal dan tidur dengan secukupnya sehari sebelum menghadapi temuduga. Ia sangat  membantu anda di hari temuduga tersebut.

Tips Ketika Menghadiri Temuduga

  • Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.
  • Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tips temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan “Selamat Pagi” atau” Selamat Petang” bergantung pada sesi temuduga.
  • Anda hanya duduk apabila penemuduga member izin kepada anda untuk duduk dan berikan ucapan terima kasih. Duduk dalam postur tubuh yang yakin dan tidak menyilangkan kaki.
  • Pastikan anda sentiasa menyokong dasar kerajaan. Hal ini wajib dipatuhi jika anda ingin lulus temuduga kerajaan.
  • Sentiasa menunjukkan muka yang meyakinkan dan jawab dengan yakin bagi setiap soalan yang diajukan dan jangan gelojoh untuk menjawab. Penemuduga sangat suka orang yang sentiasa proaktif, bersemangat dan yakin semasa temuduga berjalan. Selain dari menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana atau inisiatif anda untuk mencuba sesuatu perkara. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu. Komunikasi yang baik juga perlu diberi perhatian kerana ia sangat membantu.
  • Jangan bersikap pasif dan diam. Jika anda tidak tahu jawapan bagi soalan yang dikemukakan, jangan sekadar memberi jawapan, “Maaf saya tak tahu”. Sekurang-kurangnya usahakan untuk mencari jawapan dengan menerangkan sejauh mana yang anda tahu mengenai soalan yang diberi dan tunjuk usaha anda kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu maklumat ataupun ilmu.
  • Tonjolkan kemahiran komunikasi anda. Penemuduga sangat suka kepada calon yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Kesalahan Yang Sering Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Sesi Temuduga

Seringkali kita terlupa kepada perkara-perkara kecil dalam proses menjalani temuduga. Kadang-kadang, ia adalah permasalahan yang terlalu kecil, tetapi harus diingat, kemungkinan juga masalah kecil inilah yang sering menggagalkan kita. Melalui pengalaman, pemerhatian, mari kita kongsi bersama. Antara kesalahan tersebut ialah :

  • Datang Lambat Tanpa Sebarang Notis.

Harus diingat, terlambat untuk temuduga akan menyebabkan pandangan buruk oleh bakal majikan dan sekaligus akan menutup peluang kita. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita memberi tahu dahulu kepada bakal majikan dan penemuduga. Jika anda terlambat, telefonlah penemuduga dan mohon maaf. Anda juga boleh membuat temujanji lain jika benar-benar tidak sempat. Sudah tentu, perkara yang lebih buruk lagi adalah bila anda tidak menghadiri temuduga tanpa sebarang notis. Ini sekaligus akan menyebabkan anda disenarai hitam oleh syarikat berkenaan.

  • Kurangnya Persediaan

Dalam menghadapi proses temuduga,anda mengkaji tentang latar belakang jawatan yang dipohon dan bersedia supaya anda mampu menghadapi temuduga dengan tenang.Harus diingat,penemuduga juga mungkin akan menggunakan helah provokasi untuk melihat daya ketahanan mental anda dan bagaimana anda mengawal tekanan.Anda juga mungkin akan diperlekehkan,tapi dengan membuat persediaan,anda akan tenang dan mampu berfikir dengan cekap. Semuanya bergantung kepada jawatan yang anda pohon selalunya.

Anda juga mungkin diajukan dengan soalan yang tidak sepatutnya,seperti berkaitan dengan politik,agama dan lain-lain.Anda boleh menolak untuk menjawabnya,tapi dengan cara dan penggunaan ayat yang betul.

Kurang keyakinan diri akan menimbulkan pelbagai interprestasi daripada bakal majikan,anda mungkin dianggap tidak bersedia. Anda akan nampak gugup dan resah dan memberikan bakal majikan berpandangan anda cuba menutup sesuatu kelemahan atau sedang berbohong.
Terlalu berlebihan yakin (over confident) juga boleh membuatkan bakal majikan kurang senang. Anda akan dinilai sebagai seorang yang besar kepala, hanya pandai bercakap dan tidak boleh melakukan kerja.

Oleh itu,semasa ditemuduga, dengar soalan dengan teliti dan cuba fahamkan. Jika anda kurang jelas atau tidak paham,tidak salah untuk meminta penemuduga untuk mengulangi soalan. Kemudian respons kepada soalan, jangan melalut atau membebel. Sebelum menjawab,fikirkan dahulu,adakah jawapan yang akan diberikan relevan,sesuai. Berhati-hati juga dengan pilihan jawapan dan perkataan yang hendak digunakan. Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda perlulah melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara yang terang, yakin dan konsisten.

  • Pemakaian Yang Kurang Sesuai

Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi penentu kejayaan anda dalam sesi temuduga. Sesetengah firma amat mementingkan penampilan dan cara berpakaian para pekerjanya. Jadi sebagai persediaan menghadapi temuduga, anda bukan sahaja perlu tonjolkan bakat dan personaliti anda tetapi juga cara pemakaian. Bukan tonjolkannya dengan memakai tali leher atau stoking bewarna terang, sebaliknya pilih pakaian sesuai.

 

  • Perkara yang patut dielakkan oleh lelaki:
  • Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
  • Jenis pakaian(Jeans, t-shirt)
  • Jenis tali leher(warna tidak sepadan dengan warna pakaian )
  • Berambut panjang dan berekor
  • Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu yang menyakitkan mata
  •  Perkara yang patut dielakkan oleh wanita:
  • Pakaian yang menjolok mata.
  • Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
  • Warna pakaian yang garang atau striking
  • Ekspresi Badan (Body Language)

Mata haruslah bertentang dengan panel penemuduga. Ini kerana mata tidak boleh menipu dan mata juga dapat menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda. Oleh itu, sentiasa kekalkan pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan dan pada masa yang sama sentiasa memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan sekali-kali memperlekehkan panel-panel yang lain. Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling.

  • Menipu

Jangan cuba menipu segala maklumat anda dalam resume, jangan juga menipu semasa dalam sesi temuduga kerana anda mungkin akan terperangkap. Elakkan daripada mengkritik majikan lama anda,rakan sekerja dan sebagainya.

Kredit foto: onlineturkishlessons

<< Ketahui tips berjaya dalam perniagaan online di sini. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jerawat Suka Tumbuh Di Badan?Jangan Risau, Ada Cara Untuk Menghalangnya

Next post

Senyuman Mahal “Si Gigi Besi”.Tapi Jangan Sembarangan Memasangnya!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *