Gaya HidupMotivasi

Antara Punca Santau Angin Dihantar…

santau angin - women online magazine

Pada zaman serba urban ini masih ada lagi golongan manusia  berhati ‘hitam’ yang sanggup berbuat jahat dengan cara ‘halus’ iaitu santau!

Santau merangkumi tiga perkara iaitu mantera, bahan dan makhluk halus. Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan ini dikenali sebagai ‘Santau Angin’. Santau ini turut dikenali dengan nama ‘santau hikmat’ atau ‘santau seru’.  Santau angin agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara dan boleh dihantar ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Secara umumnya santau angin merupakan serbuk santau yang mengandungi yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari. Kebiasaanya mangsa akan menjadi kurus kering kerana diseksa secara perlahan-lahan setelah menghidu atau menyedut bahan santau itu yang mana telah memasuki paru-paru. Mangsa  bakal menderita sehinggalah berakhir dengan kematian.

Santau angin sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyediaan santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan moden kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samada melalui X-ray mahupun ultrasound. Bahkan ada juga yang turut disantau menggunakan tuala wanita yang telah digunakan. Menakutkan bukan?

Antara Punca Santau Angin Dihantar :

  • Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
  • Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
  • Membuang santau. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluarganya.
  • Mencari rezeki melalui upah untuk mengenakan santau kepada seseorang.

 

Bahan Santau Angin:

  • Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
  • Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
  • Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
  • Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.

 

Tanda-Tanda Terkena Santau Angin:

 

Kesan Santau Angin:

Antara kesan-kesan santau angin terhadap mangsa adalah seperti berikut:

  • Boleh membawa maut.
  • Sekiranya hamil mungkin akan mengalami keguguran.
  • Hilang daya ingatan.
  • Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
  • Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
  • Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.

 

INFO EKSTRA:

Rawatan dan  Pencegahan Daripada Terkena Santau Angin

  • Jika ada keluarga atau sahabat handai terkena santau angin, anda dinasihatkan untuk menguatkan ibadah dan bacaan Al-Quran. Sambil itu,minumlah air zam-zam yang telah dibacakan surah Yasin.
  • Anda juga boleh mengamalkan bacaan Ayat Ruqyah bagi mengatasi masalah santau ini iaitu dengan mengamalkan bacaan ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr ayat 21-24, 3 Qul, Surah Yunus ayat 81-82, Surah Al-A`raff 118-122 dan Surah Toha ayat 69. Bacakan pada air untuk diminum atau diamalkan.
  • Jika terkena santau,elakkan daripada makan benda-benda yang berminyak, masam, pedas, daging, dan melakukan kerja-kerja berat kerana ia akan membuatkan organ dalaman rosak dan menjadi penggalak kepada bisa-bisa santau dalam badan memakan organ-organ dalaman mangsa santau ini.

 Kesimpulan

Seharusnya anda jangan berputus asa untuk mengubati penyakit santau angin ini.Ingatlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyembuhkannya. Selain itu, sentiasa amalkan doa yang baik sebelum keluar rumah dan sebagainya. Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada kejahatan makhluk ciptaanNya.

Kredit foto: pakarpengasih

<< Ketahui cara untuk membersihkan hati kita yang ‘kelam' di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jangan Sampai Jadi Lelaki Dayus!

Next post

Penyebab Kulit Kering, ‘Bersisik’ & Gatal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *