Gaya HidupSantai

Pasangan Panda Gergasi Bakal Tarik Lebih Ramai Pengunjung Ke Zoo Negara

giant panda tarikan zoo negara - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Sekarang ini banyak isu mengenai Panda Malaysia. Tahukah anda di mana Panda Malaysia ini di tempatkan? Sila baca informasi di sini..

Jika anda masih tercari-cari tempat menarik yang ingin dikunjungi pada musim cuti persekolahan nanti, jangan lupa lengkapkan percutian anda itu ke Zoo Negara.

Kunjungan anda dan keluarga ke Zoo Negara pada kali ini mungkin akan jadi lebih bermakna. Lebih-lebih lagi, dengan kewujudan pasangan Giant Panda Malaysia, Feng Yi (betina) dan Fu Wa (jantan) yang akan menetap di Malaysia selama 10 tahun.

Pastinya Zoo Negara yang terletak di Hulu Klang ini bakal meriah dengan tumpuan para pelancong dalam dan luar negara.  Wah, penuhlah Zoo Negara nanti, kan.

Pasangan panda comel dari China, yang menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, selamat tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antrabangsa(KLIA) pada hari Rabu yang lalu. Melalui penerbangan khas, pesawat MASKargo Airbus 330-200(MH6462) dari Chengdu, China, ketibaan pasangan Giant Panda Malaysia itu disambut oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.

Kedua ekor haiwan ini  dipinjamkan bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Perjanjian  Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda , di antara Malaysia dan Republik Rakyat China(RRC) yang telah ditandatangani pada tahun 2012 itu.  Melalui perjanjian tersebut Malaysia akan berpeluang untuk membuat penyelidikan konservasi Giant Panda, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Pasangan Giant Panda itu telah ditempatkan di Zoo Negara dan dikuarantin selama lebih kurang sebulan  di dalam rumah khas yang telah siap di dibina.

Jom, jom kita ke Zoo Negara. Tak kisahlah berapa pun harga tiketnya, yang penting  kita berpeluang melihat sendiri habitat comel yang hampir pupus ini.   Selamat bertemu Feng Yi dan Fu Wa!

<< Jom Ketahui destinasi menarik Percutian Di Langkawi di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Memilih Dan Memadupadankan Warna Hijab

Next post

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *