Gaya HidupMotivasi

‘Tummy Selfie’ Trend Baru Dunia ‘Selfie’

masalah perut buncit - women online magazine

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Anda suka ‘selfie’? Tak ada hal pun, asalkan ia tidak berlebihan! 

Hampir semua orang suka atau pernah melakukannya. Sama ada ada gemuk, kurus, gemuk, pendek ataupun punya masalah perut buncit, anda tetap boleh ber ‘selfie’. Tak ada siapa yang boleh melarang anda untuk ber ‘selfie’. Cuma kalau dah berlebihan sangat tu, memang berbahaya. Silap-silap anda boleh dikategorikan orang yang ada masalah jiwa. Haaa… jangan main-main!

‘Selfie’ yang dianggap berlebihan atau tidak normal, selain daripada terlalu kerap memuat naik gambar ‘selfie’nya adalah seks ‘selfie’ ,‘back selfie’ dan ‘telfie’.

Nampaknya ‘selfie’ bukan sahaja menampilkan wajah cantik di gambar atau di foto sendiri lagi. Sekarang nie dah muncul pelbagai trend ‘selfie’ yang unik. Selepas ‘back selfie’ yang cukup popular di kalangan selebriti Hollywood, kini muncul istilah baru lagi iaitu  ‘telfie’ atau ‘tummy selfie’ (selfie perut) kini makin tersebar di media sosial.

‘Back selfie’ adalah gambar yang diambil daripada belakang atau membelakangi orang yang mengambil gambar tersebut. Manakala ‘telfie’ pula ialah gambar yang mempamerkan perut yang dimiliki.

Selebriti seperti Rihanna, Miley Cyrus dan Beyonce pernah terkena demam ‘back selfie’ ini.  Manakala ‘telfie’ tetap unggul milik Kim Kardashian, kebanyakan wanita mengaku sukar untuk menyaingi kehebatan pelakon bintang realiti itu.

Kim adalah antara artis Hollywood yang kerap memuat naik foto ‘telfie’nya di Instagram. Ternyata Kim berani berbuat sedemikian kerana dia tidak ada masalah perut buncit. Bahkan perutnya  langsing dan punggungnya juga montok dan seksi. Jadi tidak hairanlah jika Kim suka sangat ber ‘telfie’!

Kredit foto: mirror

<< Diet untuk kurus menggunakan fikiran merupakan salah satu cara untuk anda kekal langsing. Klik sini untuk info lanjut..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kelakarnya Bila Suami Jadi Suri Rumah… Tonton “Mom’s Time Out” di Astro Lifetime Malam Ini!

Next post

10 Sebab Yang Akan Buat Anda Tertarik Makan Buah Pisang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *