Gaya HidupSantai

Jom Ke Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi Lima 2015

Lima Langkawi - Women Online Magazine

Foto:terma,3.bp

Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. Lima merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan Pulau Langkawi, Kedah.

Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.Lima 2015 memberikan peluang kepada orang awam khasnya untuk masuk ke tempat pameran serta pertunjukan udara dan darat. Selain itu, mereka juga berpeluang melihat sendiri kapal terbang, jet pejuang,kapal selam dan kapal perang dengan lebih dekat disamping cenderamata dan pameran produk daripada syarikat-syarikat korporat.

Lima 2015 kali ini akan melibatkan lebih 65 aset dari beberapa negara termasuk tiga dari Rusia. Rusia bersetuju menghantar kapal perang pemusnah Admiral Panteleyev, kapal tangki Pechenega dan kapal penyelamat SB-522 pada pameran itu yang berlangsung dari 17 hingga 21 Mac ini.Pada pameran kali ini, Malaysia menampilkan 12 buah kapal termasuk kapal selam kelas Scorpene, KD Tunku Abdul Rahman, berbanding lapan buah pada Lima 2013. Selain itu, lapan kapal dan 28 buah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga akan menyertai.Kapal tercanggih di rantau Asia Tenggara, RSS Stalwart milik Singapura, juga menyertai Lima 2015 dan perbincangan akan dibuat bagi membolehkan ia dilawati pengunjung ketika pameran itu berlangsung.

Peristiwa LIMA 2015

15 Mac 2015, dua jet KT-1B yang dipandu oleh Jupiter Aerobatic Team Indonesia berlanggar sesama sendiri semasa sesi latihan untuk persembahan di LIMA 2015 ini.Perlanggaran tersebut telah menyebabkan kebakaran ke atas dua buah rumah dan kenderaan penduduk di Kampong Glam Haipo, Langkawi.Walau bagaimanapun keempat-empat juruterbang yang telah dikenalpasti sebagai Arief Hartono, Sri Rahardjo, H.S Romas and Hunaidi Syarif Romas hanya mengalami kecederaan ringan kerana sempat melakukan ‘ejection'.Kemalangan jet pejuang milik Indonesian Air Force (AU-TNI) yang berlaku jam 2 petang itu, menyebabkan pihak Indonesia membatalkan penyertaan mereka untuk acara tahun ini.

Pengunjung

Jadi jika anda semua bercadang untuk berkunjung ke Pulau Langkawi untuk melihat LIMA' 2015, pastikan anda membuat tempahan awal bagi penginapan seperti Homestay, Apartment, Motel, Chalet, Hotel dan juga guest house.Kebiasaannya banyak tempat penginapan akan penuh pada acara ini jadi bagi mengelakkan ianya penuh anda semua hendaklah membuat tempahan awal bermula daripada sekarang.Selain itu, faham-fahamlah jika harga penginapan, pengangkutan dan makanan sedikit mahal di sana. Biasanya para peniaga akan mengaut keuntungan pada acara yang besar seperti ini.

<< Ketahui tempat-tempat menarik yang harus anda kunjungi di Kuala Selangor di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mengapa Terdapat Tanda Lahir Pada Bayi?

Next post

Buat Anda Yang Kurang Berselera Untuk Makan, Baca Tips Penambah Nafsu Makan Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *