FesyenGaya HidupModeStail

Cara Pemakaian Shawl Ameena Tajaan Radiusite

tutorial Shawl Ameena 1-2

tutorial Shawl Ameena 3-4 tutorial Shawl Ameena final

Cara Pemakaian Shawl.Jom Pelajari Langkah Demi Langkah Cara Pemakaian Shawl Ameena tajaan Radiusite ini.

Bosan dengan gaya hijab yang kerap anda gayakan itu? Asyik-asyik stail atau penampilan yang sama sahaja. Ingin berubah gaya, nampak lebih ‘fashionable’ dan stylish?

Bagaimana caranya? Pening memikirkannya? Jom, ikut cara memakai hijab yang dibawakan oleh butik terkenal Radiusite ini.

 

Apa Yang Diperlukan:

  • Shawl yang panjang
  • Inner ninja
  • Jarum peniti

 

Baca Juga: Cara Pakai Tudung Halfmood

 

Langkah-Langkah Dan Cara Pemakaian Shawl Ameena

1. Pertama, kenakan shawl anda, dengan sisi kanan lebih panjang.
2. Kemudian langkah berikutnya, bawa bahagian yang pendek ke kepalasebelah kiri lalu sematkan jarum dan pastikannya agar tidak terlalu longgar.
3. Langkah ketiga, bawa sisanya ke belakang leher kemudian bawa ke depan lalu sematkan jarum peniti supaya tidak bergerak.
4. Langkah keempat, pada bahagian sisi kiri, rapikan terlebih dahulu kemudian kemaskan lipat-lipat kecil pada hujungnya. Kemaskan bahagian atasnya dan sematkan jarum pada sebahagian sebelah kiri.
5. Terakhir, sematkan jarum dengan kemas agar tidak bergeser dan shawl tersebut kelihatan kemas. Ok, dah siap.

 

Semoga langkah demi langkah pemakaian Shawl Ameena ini bermanfaat buat anda semua.
Selamat Mencuba.

 

<< Baca juga kekal sopan dan stylish dengan penggayaan shawl labuh di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Cara Urus Kewangan & Kehidupan Anda Selepas Kahwin

Next post

Kena Tahu! 6 Jenis Buah-buahan Penurun Kolesterol Tinggi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. […] anda boleh lengkapkan penampilan dengan shawl mahupun tudung bawal disertakan dengan pemakaian kasut wedges bersama skirt labuh memang sangat cantik dan […]

  2. anis
    October 31, 2015 at 10:44 pm — Reply

    Mcm na nk pkai shawl..tlg ajaq bleh x

Leave a Reply to Trending Fesyen Skirt Labuh Masa kini | Benang Qhastury Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *