Gaya HidupMotivasi

Semak, 4 Ciri Kawan Makan Kawan.Adakah Anda Tersenarai?

Kawan Makan Kawan - women online magazine

Kredit Foto: thecougarwomen

Kawan Makan Kawan.Memilik sahabat sejati tentunya akan membuatkan anda bahagia.Bahkan kehadirannya juga boleh membantu anda ketika susah mahupun senang.

Tetapi untuk memelihara hubungan persahabatan memanglah susah terutama apabila anda mempunyai kawan yang makan kawan.

Tahukah anda apakah sikap yang dikatakan kawan makan kawan? Jom, semak!

4 Ciri Kawan Makan Kawan

1. Kawan jenis ini boleh dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri apabila anda berada dalam keadaan senang, kawan jenis ini akan mengekori anda dan keluar dengan anda ke mana sahaja. Bahkan mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk anda. Mungkin sebagai contoh, duit. Kebanyakan di antara kawan makan kawan ini akan berkawan dengan anda kerana duit semata-mata.

 

2. Kawan jenis ini juga dikategorikan sebagai dengki dengan apa yang anda miliki. Mereka berasa tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka akan bermuka-muka di hadapan anda dan di belakang anda mereka akan mengutuk atau mencaci di luar pengetahuan anda sendiri.

 

3. Kawan makan kawan suka menghasut. Mereka akan menghasut orang lain untuk membenci anda walaupun anda tidak melakukan kesalahan.

 

4. Tikam belakang kawan baik sendiri. Ini adalah ciri-ciri kawan makan kawan. Mereka sanggup memburukkan anda atau mungkin kekasih anda sendiri.

 

Baca Juga:  Rahsia Sahabat Sejati

 

Sikap Yang Dibenci Kawan

Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda  mungkin adalah salah seorang kawan yang dibenci:

 

Tips Kekalkan Persahabatan
Ikatan persahabatan yang erat kadangkala boleh retak hanya kerana salah faham. Ada beberapa cara yang boleh anda praktik supaya hubungan persahabatan tersebut berkekalan selamanya.

  • Jujur

Jujur adalah syarat utama dalam memelihara persahabatan. Dengan adanya kejujuran, anda dan kawan akan lebih memahami antara satu sama lain.

Segala salah faham sebaiknya diselesaikan secepat mungkin. Jika dibiarkan, ia boleh berlarutan dan menjadi lebih teruk.

  • Meminta maaf

Tidak ada sesiapa pun yang sempurna di muka bumi ini. Jangan takut untuk meminta maaf jika anda berbuat kesalahan. Begitu juga sebaliknya, jika kawan anda melakukan kesalahan, maafkanlah dia dengan seikhlas hati anda.

  • Terima kasih

Selain meminta maaf, ringankan mulut anda untuk selalu berterima kasih. Ucapan terima kasih boleh menguatkan lagi hubungan persahabatan anda.

  • Saling membantu

Rahsia mengekalkan persahabatan ialah dengan saling membantu dalam hal yang positif. Jika anda sering membantunya, kawan anda juga akan melakukan hal yang sama.

Sikap mencurigai dan berburuk sangka terhadap kawan anda boleh memusnahkan hubungan persahabatan anda. Sebaiknya jika ada yang tak kena, anda  perlu bertanyakan terus kepadanya.

  • Jangan sinis

Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, terima seadaya dan jangan bersikap sinis terhadap kawan anda. Lebih baik bersikap jujur dengannya demi persahabatan yang telah terbina sekian lama.

  • Menjaga rahsia kawan

Pasti anda juga tidak menyukai jika sesiapa membocorkan rahsia anda. Jadi, perkara ini sama sahaja. Menjaga rahsia kawan anda akan membuatkan kawan anda lebih mempercayai dan menghargai persahabatan tersebut.

  • Selalu ada

Anda perlu selalu ada bersamanya, tidak kira di waktu senangnya mahupun susah. Jadi, masing-masing boleh saling menasihati antara satu sama lain.

Jangan pernah mengongkong kawan anda, biarkan kebebasan ada di dalam hubungan persahabatan anda. Masing-masing akan jadi lebih menghargai di antara satu sama lain.

 

Nota Kaki: Jika suka, anda boleh SHARE artikel ini.

<< Ketahui rahsia di sebalik warna kegemaran anda dan si dia di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Sebab Susu Kambing Bahaya Untuk Bayi Anda

Next post

Ketahui 6 Tips Mendapatkan Badan Sado Dengan Cara Mudah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *