FesyenGaya HidupModeStail

Jenis-Jenis Kasut Flat Paling Selesa!

balerina - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Kasut Flat.Anda lebih selesa mengayakan kasut flat ataupun anda penggemar kasut tumit tinggi? Apa keistimewaan kasut flat yang anda rasakan?

Kasut flat, kasut tanpa tumit atau kasut leper sering menjadi pilihan yang paling selesa ketika beraktiviti. Tambahan pula, kasut flat ini mempunyai pelbagai rekaan menarik dan cukup mudah untuk disesuaikan dengan tema pakaian.

Apapun tema gaya yang ingin anda serlahkan, pastikan kasut flat ini paling sesuai untuk ‘event’ ataupun majlis yang ingin anda hadiri. Kasut flat juga boleh menjadi penunjang gaya yang supertrendi buat anda yang bertubuh tinggi lampai. Anda pasti berasa lebih selesa dengan pemakaian kasut flat ini tanpa perlu menyakitkan dan menyeksakan kaki!

 

Baca Juga: Tips Pakai Kasut Tumit Tinggi

 

 

Ala Balerina

balerina - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Kasut balet ini cukup selesa ketika dipakai, mempunyai pelbagai pilihan warna dan motif yang memikat.  Tentukan mana satu yang anda suka, sama ada warna polos, emas,pink ataupun glitter dan siap

dengan rendanya sekali!

 

Baca Juga: Tips Memilih Kasut Buat Wanita Mengandung

 

 

 

Gaya Oxford

oxford - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Anda menyukai gaya ‘quirky’ yang nampak unik?  Kasut Oxford ini bakal membuatkan penampilan ada lebih trendi. Tambahan pula, kini terdapat banyak pilihan dan material kasut Oxford. Gaya anda ini pasti akan mencuri perhatian sesiapa sahaja yang memandang.

 

 

 

Aksi Lebih Feminin

kasut flat tampak feminin - womrn online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

 

Kasut flat yang lebih feminin ini bukan hanya membuatkan anda berasa selesa, malahan penampilan anda juga nampak semakin anggun. Pilihan warna yang lebih bervariasi, serta motif yang semakin menonjol atau hiasan ‘stud’ akan membuatkan penampilan anda lebih trendi. Pilih rekaan yang sesuai dengan ukuran serta bentuk kaki anda ya.

 

Baca Juga: Tips Pilih Kasut Sukan

 

Ekstra Tips!

5 Faktor Yang Harus Anda Berikan Perhatian Ketika Membeli Kasut:

  1. Saiz – Pastikan saiz kasut mesti selesa pada kaki.
  2. Bentuk – Pastikan juga bentuk kasut sesuai atau serasi dengan bentuk kaki anda.
  3. Berat – Kasut yang berat akan memberikan bebanan pada kaki anda.
  4. Material- Pastikan ia mampu mengawal kelembapan serta benar-benar selesa buat kaki anda.

* Rekaan & Fesyen – Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Ia melibatkan ketinggian, stail dan juga rekaan.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya supaya ia lebih bermanfaat.

>> Bagi penggemar kasut Crocs, pasti gembira dengan kehadiran koleksi terbaru ini. Semak di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui 5 Penyebab Anda Berdepan Dengan Masalah Kulit Wajah

Next post

Tak Nak Merokok! Kesan Rokok Elektronik Atau Vapor Memang Menggerunkan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *