Gaya HidupKarier & Wang

Berjimat Cermat Di Musim Perayaan

berjimat-cermat di musim perayaan - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Adakah anda berminat ingin mengetahui tip berjimat cermat di musim perayaan? jom dapatkannya di sini..

Menjadi lumrah di musim perayaan suasana meriah dapat dilihat di mana-mana. Ramai yang keluar membeli-belah barang-barang keperluan untuk menyambut kedatangan hari mulia.

Bukan setakat barangan dapur dan pakaian sahaja, malah tidak terkecuali kelengkapan hiasan dalaman rumah juga menjadi tumpuan pembeli.Para peniaga apalagi, tentu ada yang tidak melepaskan peluang untuk ‘menangguk di air keruh’ ketika semua orang sedang  sibuk berbelanja.

Jadi, sebab itulah anda diingatkan supaya lebih berjimat cermat. Jangan terlalu ghairah berbelanja sehingga terlupa untuk mengatur perbelanjaan dengan bijak.

Cara Bijak Berjimat Cermat Di Musim Perayaan:

1.     Senaraikan barangan yang hendak dibeli mengikut keperluan.

2.     Buat perbandingan harga, mutu, khidmat selepas jualan, dan sebagainya.

3.      Jangan terpengaruh dengan iklan.

4.     Utamakan membeli barangan buatan Malaysia.

5.      Amalkan sikap tawar-menawar.

6.      Beli ikut keperluan bukan ikut perasaan.

7.      Elakkan berhutang.

8.      Jangan beli barang-barang yang diharamkan seperti mercun dan sebagainya.

9.      Elakkan pembaziran.

Anda Wajib Tahu…

Barangan yang baik tidak semestinya:

->      diiklankan dalam media massa.

->      sukar didapati di kebanyakan kedai.

->      berjenama terkenal.

->      berharga mahal.

->      produk terbaru.

->      diimport daripada luar negara.

->      dalam bungkusan yang cantik.

1. Membeli barangan kaca dan perhiasan

Mahu menggunakan gelas, bekas biskut, pinggan dan lain-lain kelengkapan baru sedangkan barang yang lama masih elok dan cantik serta boleh digunakan lagi?

Jualan sepanjang musim perayaan, pasti menawarkan pelbagai pilihan barangan kaca. Katakan TIDAK pada semua itu, jika kamu sudah pun memiliki kelengkapan tersebut.  Jika memikirkan ia murah dan perlu dibeli, tentunya jualan di perayaan  tahun-tahun yang mendatang juga sama.

Jadi, jangan sesekali membeli barangan mengikut nafsu. Sebaliknya biarkan wang tersebut dibelanjakan dengan membeli barang-barang yang lebih anda perlukan.

Membeli kusyen atau sofa baru semata-mata  mahu menyambut kedatangan Aidilfitri  dalam suasana yang serba baru? Mengapa mesti menunggu musim perayaan untuk membeli semua itu?

Dahulu atau sekarang, anda tetap memerlukan wang untuk membelinya. Malah di musim perayaan ini juga tentu lebih banyak lagi wang yang anda perlukan. Jika tidak mampu, jangan sesekali menjerat diri untuk membeli barang-barang di luar kemampuan anda semata-mata kerana menunjuk-nunjuk kepada tetamu yang berkunjung ke rumah anda. Sebaiknya cubalah membuat  perancangan dalam berbelanja.

2. Perbelanjaan perjalanan

Berhari raya di kampung, perbelanjaan perjalanan jangan dilupakan terutamanya kepada anda yang pulang dengan kenderaan sendiri. Wang bagi kegunaan tersebut perlu diasingkan terlebih dahulu. Jangan mengambilnya  untuk kegunaan lain. Jika perjalanan anda itu jauh, anda perlu mengambil kira atau fikirkan segala kemungkinan sepanjang

Perbelanjaan perjalanan, termasuklah petrol, tol, makanan dan sebarang kerosakan kereta. Jangan pula apabila sudah pulang ke kampung nanti, anda  terpaksa berhutang dengan ibu bapa atau sanak saudara untuk kembali ke rumah sendiri.

3. Tips membeli pakaian

I.  Beli pakaian yang bersesuaian dan boleh dipakai bukan sahaja pada musim perayaan, malahan sesuai digayakan untuk semua majlis.

II.  Jangan terlalu membeli pakaian yang muat-muat dengan bentuk badan anda. Mungkin pakaian tersebut akan menjadi sendat dan tidak boleh dipakai lama.

III.  Warna dan corak pakaian juga perlu dititikberatkan agar ia tidak lapuk serta ketinggalan zaman.

4. Membeli hamper

Jika anda singgah ke  pasar raya, sudah pasti terdapat banyak hamper yang boleh anda jadikan sebagai cenderahati atau hadiah hari raya untuk sahabat handai mahupun saudara mara. Tetapi adakah anda tahu, nilai barangan yang terdapat di dalam hamper tersebut sama dengan nilai yang dijual?

Jom kita semak beberapa tips untuk membeli sebuah hamper.

->  Mempunyai senarai barang-barang yang dibungkus dan hendaklah mempunyai tanda harga

->  Harga tunai dalam Ringgi Malaysia hendaklah dipamerkan pada setiap bungkusan hamper dengan menyeragamkan kos ‘packaging’ dan ‘handling’.

->  Nama dan alamat pembungkusan, pembuat atau penjual hendaklah dilekatkan pada setiap bungkusan hamper.

->  Bungkusan hamper tidak mengandungi bahan-bahan tiruan atau barang-barang yang menyalahi undang-undang.

->  Barang-barang yang dibungkus mestilah yang berkualiti dan tarikh boleh gunanya mestilah tidak luput.

Semoga anda dapat berbelanja dengan bijak pada musim perayaan ini.

<< Nak tahu budaya kerja yang terbaik, jom ke halaman berikutnya..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali 6 Makanan Bantu Anda Berhenti Merokok

Next post

5 Kesalahan Anda Gagal Menurunkan Berat Badan dalam seminggu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 1, 2015 at 7:05 pm — Reply

    […] Berjimat Cermat | Women Online MagazineJika memikirkan ia murah dan perlu dibeli, … Membeli kusyen atau sofa baru semata-mata mahu menyambut kedatangan Aidilfitri dalam suasana yang serba baru?pergi ke laman web […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *