Ada Apa?Review

Kekal Harum Sepanjang Ramadan

one drop perfume 3 - wom.my

Khusus untuk wanita, One Drop Perfume hadir dengan rangkaian wangian terbaharu yang pastinya menyerlahkan karakter anda.

Tidak lengkap rasanya gaya yang diberikan pada fesyen dan perincian diri tanpa adanya semburan wangian. Pentingnya wangian sehingga membuatkan ia sebagai kombinasi sempurna pada setiap penampilan diri anda.Kehebatan wangian mampu membuatkan diri berasa lebih yakin dan mempesona. Ini kerana setiap semburan itu mempamerkan karakter dan identiti tersendiri. Paling menarik, wangian mampu mengimbau kenangan anda terhadap seseorang atau sesuatu perkara di masa silam.

Buat anda yang menjadi penggemar setia minyak wangi, One Drop Perfume menyediakan platform terbaik dengan menawarkan lebih daripada 100 wangian berbeza. Satu pilihan yang pasti tidak dilepaskan di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma ini. Yang pastinya, anda tidak akan berasa kecewa kerana setiap wangian ini adalah berinspirasikan wangian berjenama di peringkat antarabangsa.Namakan sahaja, pelbagai inspirasi jenama ini memberi peluang kepada penggemar minyak wangi untuk mencuba pesona minyak wangi dengan cara yang lebih berbaloi, berkualiti dan tahan lama.

one drop perfume 4  - wom.my

Pek Baharu Lebih Elegan

Salah satu rangkaian wangian One Drop Perfume yang paling laris sejak ia dilancarkan ialah Set Normal. Ia didatangkan dalam pek yang merangkumi lapan jenis wangian inspirasi berbeza. Pastinya ia sesuatu yang berbaloi buat pengguna kerana lapan wangian inspirasi ini bernilai ratusan ringgit jika dibeli secara berasingan. Kini, anda boleh mendapatkan kesemuanya hanya dalam satu pek yang berharga RM45.00 sahaja.

Istimewanya, bagi menghargai para penggunanya, One Drop Perfume telah mempertingkatkan rekaan pek Set Normal ini. Berbeza dengan rekaan lama yang kurang menonjol, rekaan pek baharu ini lebih menyerlah dan menarik pandang pengguna.

Kini, ia didatangkan dengan rekaan kasing yang lebih elegan dan moden, melalui kemasan lutsinar dan botol 3ml berwarna warni. Ini membolehkan pengguna untuk memilih wangian kegemaran mereka dan turut menjadikan Set Normal ini sebagai hadiah yang istimewa.

Masih kekal dalam kelas yang tersendiri, wangian One Drop Perfume kesemuanya didatangkan dengan pati minyak wangi tanpa bahan tambahan seperti alkohol dan air yang membuatkan setiap wangiannya lebih kekal lama dan boleh dibawa dalam ibadah solat.

one drop perfume  - wom.my

Botol Semburan Tanpa Alkohol Pertama

Meneruskan legasi pengeluar minyak wangi tanpa alkohol, One Drop Perfume kini menawarkan rangkaian produk terbaharunya, wangian jenis semburan.Berbeza dengan produknya sebelum ini yang didatangkan dalam botol ‘roll on’, rangkaian wangian terbaharu ini merupakan satu lagi inovasi buat semua penggemar minyak wangi tanpa alkohol.

Dipakejkan dengan reka bentuk botol kaca yang elegan dan praktikal digunakan, minyak wangi ini diisi dengan 30 ml wangian yang berinspirasikan jenama terkenal dunia. Ini termasuklah wangian lelaki dan wanita yang merangkumi haruman seperti Midnight Fantasy by Britney Spears, Apple Blossom by Body Shop, Desire by Dunhill dan Bleu by Channel.

Ia merupakan wangian jenis semburan tanpa alkohol dan seumpanya yang pertama di dunia. Dengan rekod yang dipegang sebelum ini, anda tidak perlu berasa gusar dan kuatir tentang kualiti yang terdapat pada rangkaian wangian terbaharu daripada One Drop Perfume ini. Wangian semburan daripada One Drop Perfume boleh didapati dengan harga RM68 sebotol bagi Semenanjung dan RM73 bagi Sabah/Sarawak.

<< Ketahui cara untuk menghilangkan bau badan di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Misi Cerahkan Badan Dengan Produk Pemutih Kulit Semulajadi Yang Dijamin Selamat

Next post

Resepi Ikan Bakar Portugis Menambat Selera Berbuka Puasa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *