Ada Apa?Review

Rahsia Kecantikan Berkekalan Dengan SK-II

SKII Malaysia - Women online magazine

Pada musim perayaan ini, SK-II meraikan sesuatu yang berkekalan – kulit cerah berseri untuk tahun-tahun mendatang – dengan kolaborasi artis yang mentransformasikan Facial Treatment Essence kepada wajah baru.

Pati kecantikan yang mengandungi lebih 90% PiteraTM kini dibotolkan dengan rekaan khas untuk melambangkan kecantikan berkekalan. Artis digital Taiwan, Po-Chih Huang – pemenang hadiah utama Taipei Arts Awards 2013 – telah menghasilkan rekaan khas untuk edisi terhad SK-II Facial Treatment Essence. Terkenal sebagai artis yang meningkat naik terutamanya selepas kejayaan beliau yang mewakili generasi muda artis di Taiwan, beliau telah mentransformasikan rekaan klasik botol Facial Treatment Essence menjadi rekaan artistik.

Beliau yang terkenal dengan penggunaan teknologi digital dalam karyanya, Huang telah menghasilkan rekabentuk flora pada setiap botol. Rekaan ini diilhamkan daripada empat bunga – tulip, freesia, hydrangea dan cypress – untuk menghasilkan perwakilan simbol anugerah kecantikan berkekalan.

Kolaborasi diilhamkan daripada transformasi kecantikan,berdasarkan kepercayaan SK-II terhadap pemerkasaan dan transformasi, kerjasama ini adalah langkah pertama SK-II untuk menyokong artis muda.Terhasil daripada dedikasi terhadap transformasi kecantikan yang dikongsi bersama, kolaborasi dengan Po-Chih Huang ini telah menghasilkan rangkaian edisi terhad Facial Treatment Essence. Inspirasi untuk kolaborasi ini adalah gaya inovatif artis tersebut terhadap transformasi kecantikan – terutamanya teknik kreatif terhadap rekaan bunga yang menggambarkan aspek kecantikan yang berbeza –menggambarkan falsafah SK-II yang menyentuh kehidupan wanita melalui keajaiban transformasi. Menggabungkan kecantikan dan sifat malar bunga melalui transformasi, koleksi ini meraikan kecantikan berpanjangan sebagai penghargaan kepada kuasa transformasi PiteraTM.

1. Berdasarkan kajian terhadap 272 (141 pengguna SK-II dan 131 bukan pengguna SK-II) di Japan, Sept 2012-April 2013.

2. ‘5 dimensi kulit’ merujuk kepada tekstur, keanjalan, seri, kawalan bintik hitam dan ketahanan terhadap kedutan.

 

BAHASA BUNGA

Untuk pertama kalinya, koleksi edisi terhad SK-II mengandungi empat rekaan. Setiap rekaan mewakili sudut kecantikan yang berbeza – keghairahan, keanggunan, kasih sayang dan kebijaksanaan – yang meraikan pengguna selain bertindak sebagai ucapan kepada mereka sempena musim perayaan ini.

Keghairahan: Tulip Merah

SKII Malaysia - Women online magazine (1) 

Bagi wanita yang mencari kejayaan dan kehidupan yang bermakna, rekaan ini menampilkan tulip yang mekar yang melambangkan sifat malar dan kedinamikan. Kelopak bungan menghiasi botol dalam bentuk yang bertenaga – melambangkan kepada keghairahan sebenar wanita.

Keanggunan: Freesia Kuning

SKII Malaysia - Women online magazine (3)

Warna kuning freesia menghiasi botol Facial Treatment Essence ini. Dengan kecantikan tersendiri, wangian freesia dan penampilannya yang anggun adalah metafora tepat bagi keanggunan wanita.

Kasih Sayang: Hydrangea Ungu

SKII Malaysia - Women online magazine (4)

Dipilih sebagai simbolik kepada sifat penghargaan, hydrangea yang mempersonakan menghiasi botol Facial Treatment Essence ini. Kelopaknya yang lembut serta warna yang menarik memberi sentuhan misteri kepada rekaan ini, sesuai untuk rakan baik yang anda sering ingati.

Kebijaksanaan: Cypress Hijau

SKII Malaysia - Women online magazine (2)

Berakar umbi kekuatan dan keabadian, cypress hijau menjalar dengan penuh gaya di sekeliling botol SK-II MEN Facial Treatment Essence. Rekaan halus dedaun hijau ini melambangkan imej tenang, menjadikan ia hadiah sempurna untuk lelaki dalam hidup anda.

 

Hadiah Kecantikan Abadi

Facial Treatment Essence telah dikaitkan dengan kulit cerah berseri yang berkekalan seperti yang dikenalpasti dalam kajian Skin Destiny. Pengguna jangka panjang Essence yang mula menggunakannya sejak usia 20-an memiliki kulit yang lebih baik pada usia 30-an dan 40-an, membuktikan kulit cerah berseri pada hari ini mampu bertahan 10, 20, 30 tahun akan datang.

Rahsia kepada kulit cerah berseri adalah PiteraTM yang mengandungi komposisi asid amino, vitamin, asid organik, mineral, sakarida, dan komponen lain yang penting untuk kulit. Mengandungi lebih 90% PiteraTM, Facial Treatment Essence mengandungi bahan yang unik untuk mentransformasikan kulit anda merentasi lima dimensi kulit2 hingga menjadi cerah berseri.Berikan anugerah kulit cerah berseri pada musim perayaan ini dengan edisi terhad Facial Treatment Essence di semua kaunter SK-II Malaysia. Ia sudahpun pada 1 Oktober lalu dan anda boleh mendapatkannya selagi stok masih ada.

<< Baca juga kehebatan fungsi serum vitamin C di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Betul Ke Bohong, Lelaki Berambut Panjang Lebih Penyabar Orangnya?

Next post

Dugro(R) Menobatkan 280 Bintang Muda Dugrostar!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *