Ada Apa?X-Tra

Putihkan Gigi Dengan 6 Jenis Buah

Cara Putihkan Gigi - Woman Online Magazine

 

Kredit Foto:Beauty

Putihkan Gigi.Semua orang mahu memiliki gigi yang putih, bersih dan cantik, apatah lagi sebagai seorang wanita.Gigi yang putih dan bersinar bukan sekadar menjadi cermin gigi yang sihat. Bahkan penampilan anda kelihatan lebih sempurna dan yakin.

Namun, bukan semua orang bernasib baik. Meskipun anda rajin menggosok gigi setiap hari, tetapi hasilnya tidak juga seperti yang anda harapkan.Ramai orang menggunakan ubat gigi yang mengandungi pemutih untuk memutihkan giginya. Tapi setiap orang menggunakan cara yang berbeza-beza, ada juga yang memutihkan giginya dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu dengan menggunakan buah-buahan tertentu. Jom, cuba!

  1. Limau/Oren

Anda boleh menggunakan pelbagai jenis limau/oren. Anda cuma perlu memanfaatkan bahagian dalam ‘isi’ kulitnya. Gosok bahagian tersebut pada gigi secara merata dan lakukan pada setiap hari. Jika anda memiliki gigi jenis sensitif, kandungan vitamin C yang tinggi boleh menimbulkan rasa ngilu pada gigi.

 

  1. Pisang

Cara putihkan gigi yang seterusnya ialah menggunakan pisang. Makanan yang menjadi kegemaran monyet initernyata boleh memutihkan gigi. Bukan hanya buahnya sahaja yang boleh  digunakan untuk memutihkan gigi, tetapi kulitnya juga boleh putihkan gigi anda. Caranya cukup mudah,ambil pisang lalu gosokkan perlahan di gigi selama dua minit.Setelah itu, bersihkan gigi dari sisa-sisa pisang. Kandungan mineral yang terdapat dalam pisang membantu menyihatkan gigi dan mengembalikan warna asal gigi anda.

 

Baca Juga:  Penyebab Gigi Berlubang

 

  1. Strawberi

Anda boleh putihkan gigi anda dengan menggunakan strawberi. Lumatkan buah strawberi,kemudian aplikasikannya sebagai masker gigi. Biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilas dan gosok gigi anda dengan menggunakan ubat gigi anda.Kandungan asid malatnya tinggi, dan cara ini hanya boleh dilakukan seminggu atau dua minggu sekali.

 

  1. Epal

Buah epal selain rasanya yang manis dan juga segar, ia juga mengandungi zat yang boleh menguatkan gigi dan mampu memutihkan gigi. Ketika gigi menguyah isi buah epal, secara tidak langsung isinya sedang membunuh kesan-kesan kuning gigi dan juga menjaga ketahanan gigi.

 

Baca Juga: Punca Gusi Berdarah

 

  1. Pinang

Cara putihkan gigi yang seterusnya ialah ambil beberapa biji buah pinang. Lalu disangrai sehingga kehitaman. Tumbuk biji buah pinang ini hingga halus, kemudian gosokan pada gigi hingga merata. Ketika menggosok, gunakanlah sabut buah pinang sebagai alat penggosoknya. Bilas hingga bersih. Lakukan perawatan ini dua minggu sekali.

 

  1. Nanas

Buah nanas bertindak sebagai pembersih kotoran semulajadi dengan meningkatkan pengeluaran air liur yang mampu membersihkan sisa makanan sehingga mulut anda lebih bersih dan segar.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui tips menghilangkan bau mulut ketika bangun pagi di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Makanan Bantu Bakar Lemak Terkumpul

Next post

Ketahui Perangai Lelaki Bila Masuk Usia 40an

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *