Ada Apa?Buletin

Usaha Murni Nippon Paint Pamerkan Bakat Seni Kanak-Kanak Dari Tiga Buah Rumah Kebajikan

Nippon Paint Malaysia - Women Online Magazine

Pameran Colourful Dreams Art by Children, for Children Nippon Paint Malaysia yang berlangsung baru-baru ini merupakan acara kutipan dana korporat untuk membantu mengumpul dana permulaan melalui seni lukis.

Ini adalah sebagai suatu usaha kecil bagi memberikan bantuan kewangan untuk kanak-kanak sehinggalah mereka berjaya mendapatkan pekerjaan atau membuka perniagaan kecil sekiranya mereka berhasrat untuk berbuat demikian. Mempamerkan karya seni lukis oleh kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan iaitu Rumah Juara, Rumah Kasih Harmoni dan Yayasan Gurpuri. Pameran seni ini telah berlangsung dari 10 hingga 15 Disember (Selasa hingga Isnin) yang lalu, jam 10.00 pagi – 10.00 malam di Pusat Membeli-belah Avenue K (Tingkat 3) yang merupakan rakan penaja tempat dan penaja pameran seni tersebut.

Ramai yang hadir bagi menyokong usaha kanak-kanak ini dengan meninggalkan kata-kata dorongan buat mereka yang mengambil bahagian. Kehadiran pengunjung pastinya telah mencetuskan impian besar pada diri kanak-kanak.

<<Ketahui tips memilih warna cat ruang tamu yang sesuai di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Langsing Dengan Pil Kurus!

Next post

Penyebab Sakit & Kebas Punggung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *