Ada Apa?Buletin

ROCKin’ Bazaar Bersama Nestle Malaysia

nestle malaysia - woman online magazine

Selaras Dengan Komitmen Untuk Membawa Perubahan Positif Terhadap Masyarakat, Nestle Malaysia Telah Menganjurkan Bazar Amal.

Ia merupakan sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan ‘Menghulurkan Tangan Kepada Masyarakat dan Kanak-Kanak’ (Reaching Out to Community and Kids – ROCKS), ROCKin’ Bazaar mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada beratus-ratus pengunjung yang singgah untuk menunjukkan sokongan mereka. Mereka juga menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan termasuk jualan amal dan permainan.

Dianjurkan di perkarangan lobi Menara Surian, sukarelawan Nestlé yang lebih mesra dengan panggilan “ROCKers”, menyediakan beberapa gerai jualan yang yang dihiasi berasaskan tema ala vintaj Inggeris. Suasana karnival dimeriahkan lagi dengan suara girang ROCKers mempromosikan pelbagai barangan jualan kepada para pengunjung, termasuk pelbagai manisan, aneka sajian masakan terdiri daripada makanan tempatan hingga makanan Barat dan juga produk Nestlé terpilih. Terdapat juga photo booth yang disediakan bagi pengunjung untuk berkesempatan bergambar dengan prop berwarna-warni dan merakamkan saat ROCKin’ masing-masing untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

ROCKin’ Bazaar ternyata merupakan suatu kejayaan yang besar kerana berjaya mengumpul dana melebihi RM53,000. Hasil kutipan akan disalurkan kepada tiga pertubuhan amal, khususnya Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih, Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Down Syndrome dan Hyper Active. Para pengunjung juga digalakkan menulis ucapan selamat kepada penghuni rumah-rumah kebajikan tersebut di atas Kad Ucapan yang disediakan.

Puan Zainun Nur Abd Rauf, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestlé, berkata, “Kami di Nestlé sentiasa berpegang kuat pada falsafah Menjana Nilai Bersama sebagai salah satu asas penting Nestlé dalam menjalankan perniagaan. Program Sukarelawan Kakitangan ROCKS adalah satu platform yang baik untuk kakitangan Nestlé membantu dan menyumbang secara positif kepada masyarakat setempat. Kami berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh begitu ramai ROCKers kami dan juga pengunjung yang datang ke bazar kami.

“Dana yang berjaya dikumpul pada hari ini akan digunakan untuk membantu rumah-rumah kebajikan dan juga membolehkan Program ROCKS melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat,” katanya.Menurut ROCKer Nestlé, Norliyana Othman, “ROCKin’ Bazaar tahun ini benar-benar mengagumkan kerana kami mendapat sokongan daripada beratus-ratus orang yang memeriahkan bazar kami. Kami terharu melihat begitu ramai pengunjung yang telah bermurah hati membantu usaha amal kami.”

Usaha murni ROCKers Nestlé ini juga mendapat penghargaan yang setimpal kerana Unit Perniagaan MILO telah memenangi anugerah “Gerai Jualan Terbaik” yang melayakkan mereka memenangi baucar beli-belah bernilai RM500 manakala Bahagian Jualan memenangi anugerah “Gerai Hiasan Terbaik” dan mendapat baucar beli-belah bernilai RM200.Encik S. Gunarasa, wakil Pusat Jagaan Kanak-kanak Down Syndrome dan Hyper Active, Bukit Tinggi Klang, berkata, “Kami amat terharu apabila membaca ucapan selamat pada Kad Ucapan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah menyumbang kepada usaha mengumpul dana ini dan juga Nestlé Malaysia kerana memilih kami untuk menjadi salah satu penerima dana hasil daripada Bazar ini.”

Awal tahun ini, Nestle Malaysia telah meraikan ulang tahun ke-10 Program ROCKS Nestlé. Sejak dimulakan pada tahun 2005, Program Sukarelawan Kakitangan ROCKS Nestlé Malaysia telah berjaya memperkaya kehidupan mereka yang memerlukan. Sejak sedekad yang lepas, Program ROCKS Nestlé telah menganjurkan pelbagai aktiviti, termasuk membina rumah untuk mereka yang memerlukan di Kg. Hulu Tamu bersama dengan TetraPak, membantu masyarakat orang asli di Ulu Batu, Ulu Yam, dan juga melawat rumah orang tua dan menganjurkan aktiviti bersama kanak-kanak kurang bernasib baik sempena musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, dan Deepavali.

 

SOROTAN PENTING

  • Nestle (Malaysia) Berhad baru-baru ini telah menganjurkan bazar tahunan mereka bagi tujuan mengumpul dana untuk rumah-rumah kebajikan. Bazar ini merupakan sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan ‘Menghulurkan Tangan Kepada Masyarakat dan Kanak-Kanak’ (Reaching Out to Community and Kids – ROCKS).
  • Dikenali sebagai ROCKin’ Bazaar, acara ini berjaya mengumpul dana melebihi RM53,000.
  • Dana tersebut akan disalurkan kepada tiga pertubuhan amal, iaitu Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih, Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Down Syndrome dan Hyper Active. Ia juga akan digunakan untuk menjalankan inisiatif-inisiatif sukarelawan ROCKS Nestlé.

<< Ketahui empat kesalahan yang biasa terjadi dalam mendidik anak di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Turunkan Berat Badan Dengan Cara Diet Buah Buahan

Next post

Harus Tahu! Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *