Ada Apa?Buletin

Resepi Memikat Planta – Rahsia Kelazatan Telur Goreng Enak, Garing Dan Beraroma

resepi planta 2 - wom.my

Telur goreng yang sempurna sememangnya menyelerakan. Namun, tiada telur goreng yang setanding telur goreng sempurna yang dimasak dengan rahsia resepi Planta….enak, garing, penuh dengan aroma, tidak berminyak serta warna kuning dan putih telur yang menarik.

 

Ia sememangnya hidangan mudah yang boleh dinikmati begitu sahaja, ataupun dimakan bersama dengan sandwic, sepinggan nasi goreng mahupun nasi lemak.Planta, jenama marjerin terkemuka dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak turun temurun, hari ini meraikan keenakan resepi planta iaitu telur goreng. Ianya dimasak dengan marjerin Planta yang mempunyai kandungan khasiat tinggi.

“Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah salah satu resipi Planta yang paling mudah dan cepat untuk disediakan – jadi kenapa memilih telur goreng yang berminyak, kurang garing tanpa keenakan yang dikehendaki? Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah dengan serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya. Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya – telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan,” kata Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Bagi kaum ibu, mereka tahu anak-anak mereka menggemari telur goreng, dan dengan marjerin Planta, semestinya telur goreng yang dihidangkan kepada anak dan keluarga mereka adalah lebih sedap dan lazat.

“Telur goreng adalah resepi yang sentiasa dipercayai oleh kaum ibu. Kami berharap kaum ibu akan menggunakan cara masakan ini yang dapat membantu dalam tumbesaran anak-anak mereka,“ tambah Joel.

Pada acara yang berlangsung di pusat membeli-belah terkemuka, 1 Utama, orang awam telah diberi peluang untuk menyertai Perang “Resipi Telur Goreng”. Orang awam dan pihak media diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa itu. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk mengundi resipi pilihan mereka.

Pelakon dan ibu kepada dua orang anak, Sharifah Sofia, juga turut serta dalam demonstrasi memasak telur goreng dan “Perang” Resipi Telur Goreng. Sharifah juga telah berkongsi pengalaman menambah telur goreng sebagai cara supaya anak sulungnya, Sharifah Ariana, berumur 4 tahun untuk menjamah nasi dan sandwic. Beliau akui keenakan telur goreng yang dimasak dengan Planta bakal menjadi resepi kesukaan ramai.

“Pengalaman hari ini membuktikan bahawa resepi Planta – telur goreng Planta mempunyai rasa yang enak, lebih beraroma dengan tekstur warna yang menyelerakan, serta nampak menarik apabila dihidang. Kaum ibu yang menggunakan Planta untuk memasak telur goreng pastinya akan setuju bahawa resepi ini adalah mudah dan pastinya akan digemari oleh anak-anak mereka,” tambah Joel.

Menjelang beberapa hari sahaja sebelum acara tersebut, terdapat desas-desus bahawa seorang jutawan telah menawarkan RM1 juta untuk membeli hak cipta resepi telur goreng yang dikhabarkan telah memberi kejutan besar kepada kaum ibu. Kemudiannya, didapati bahawa resepi yang telah menambat hati jutawan tersebut adalah resepi telur goreng Planta.

<< Dapatkan resepi sambal telur puyuh di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Vitamin Untuk Suburkan Rambut Agar Lebat & Sihat

Next post

5 Punca Badan Anda Jadi Lemah Di Pagi Hari

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *