Ada Apa?Buletin

Pra Pelancaran Hari Wanita Kebangsaan 2015

sambutan hari wanita 3 - woman online magazine

Semangat Hari Wanita 2015 semakin terasa selepas acara Pra Pelancaran Hari Wanita Kebangsaan 2015 di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya kelmarin.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Sri Rohani Abdul Karim, KPWM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita 2015 Peringkat Kebangsaan. Acara tersebut bakal berlangsung pada 24 Ogos 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Rohani yang ditemui ketika perhimpunan bulanan KPWKM dan Pra Pelancaran Hari Wanita Kebangsaan 2015, memberitahu acara sambutan akan berlangsung pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 5.00 petang. Perasmian sambutan itu akan disempurnakan oleh oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.Turut hadir di majlis Pra Pelancaran Hari Wanita Kebangsaan 2015 itu, Datok Zulkifli Ramli(Ketua Pengarah JKM), Wee Beng Ee(Timbalan Ketua Setiausaha(Operasi),Azman Mohd Yusof (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun (Timbalan Menteri), Dato’Sabariah Hassan (Ketua Setiausaha), Dato’ Munirah Abdullah Bajanuddin (Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita), Dato’ Hjh Maryam Mas Yaacob (Pengerusi LPPKN) dan Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail(Ketua Pengarah LPPKN)

sambutan hari wanita 2 - woman online magazine

Menurut Rohani lagi, pada hari sambutan berlangsung Perdana Menteri akan turut menyampaikan watikah pelantikan Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang telah wujudk sejak Mac 2012. Selain itu, program ini akan terus dirancakkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Forum, Pemeran Berinfomatif, Penyampian Watikan Perlantikan Ahli Majlis Penasihat dan Perunding Wanita.

Tambah Rohani lagi, majlis sambutan yang diadakan setiap tahun ini, antara lain bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita atas sumbangan mereka dalam pembangunan dan kemajuan negara, memberikan pendedahan dan harapan serta menyebarluaskan pencapaian Dasar Wanita Negara. Rohani juga berharap agar sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 ini akan berjalan lancar serta mencapai matlamat yang diinginkan.

<< Ketahui bahang sambutan Hari Wanita 2015 di sini.

Untuk info selanjutnya sila Layari facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Mengatasi Rambut Kering

Next post

Cara Menghilangkan Bintik Putih Di Wajah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *