Ada Apa?Buletin

Berapa Zakat Yang Perlu Saya Bayar?

berapa-zakat-yang-perlu-saya-bayar

PPZ Wilayah. Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat saham, zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Untuk mendapatkan jawapan lebih jelas tentang peranan PPZ-MAIWP serta kepentingan zakat harta dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, ikuti temubual eksklusif WOM.my bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP), Hj Mohd Rais Hj Alias.

tn-haji-rais

Hj Mohd Rais juga berharap penjelasan beliau ini dapat membantu masyarakat mengenalpasti serta memahami medium pembayaran zakat yang dipilih.Konsep Zakat Harta adalah harta (aset tetap dan aset semasa) berkembang yang mendatangkan keuntungan.

 

Jenis-Jenis Zakat Harta & Kaedah Taksiran

Zakat Pendapatan/Gaji:

Kaedah 1 : Pendapatan Kasar X2.5%

Di kira atau dihitung ke atas semua sumber pendapatan dalam setahun.

Kadar zakat sebanyak 2.5%. Pendapatan tersebut mestilah bersamaan atau melebihi nisab.

 

Kaedah 2: Pendapatan Bersih Selepas Tolak Belanja X 2.5%

Jumlah pendapatan kasar setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan.Sekiranya pendapatan bersih bersamaan atau melebihi nisab, kadar zakat 2.5% dikenakan ke atas pendapatan tersebut.

 

Zakat Wang Simpanan

Kaedah Pengiraanya – dikira ke atas baki terendah bagi simpanan selama setahun.

 

Zakat Emas

a. Emas Tidak Dipakai/Simpan

Kaedah Pengiraannya: Berat emas yang tidak dipakai X Harga Emas Semasa (1 Gram) X 2.5%

 

b. Emas Yang Dipakai

Kaedah Pengiraannya: Berat emas yang dipakai – Uruf X Harga Emas Semasa (1 Gram) X 2.5%

 

Zakat Perak

Kaedah Pengiraannya: Melebihi 595 grram X 2.5

 

Zakat KWSP

Kaedah Pengiraannya: Jumlah KWSP yang dikeluarkan X 2.5%

 

Zakat Perniagaan

a. Kaedah Pengiraan 1 – Modal Kerja (Working Capital)

(Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan)* X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

 

b. Kaedah Pengiraan 2 – Modal Berkembang (Growth Capital)

(Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap- Aset Separuh Tetap +/- Pelarasan) * X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

 

c. Sekiranya Tiada Akaun

Kaedah Pengiraannya: Untung Bersih X 2.5%

 

Sebelum mengakhiri perbualan, Hj Mohd Rais juga turut menyeru serta mengajak kita semua yang telah memenuhi syarat wajib zakat untuk sama-sama tunaikan zakat harta termasuk pendapatan/simpanan. Insya-Allah, hidup kita akan menjadi lebih berkat dengan rezeki yang berkat!

Jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, sila layari portal PPZ (www.zakat.com.my) atau izakat- muat turun aplikasi ini di AppStore dan Google Play. Atau hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wajib Baca! 5 Cara Nak Tinggikan Badan

Next post

Jom,Bekerja Dari Rumah. Lebih Mudah Dan Menyeronokkan!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *