Ada Apa?Buletin

Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2015

Raikan Wanita - woman online magazine

Raikan Wanita.Raikan kegemilangan.Kemeriahan sambutan Hari Wanita 2015 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) masih terasa.

Acara yang bermula 9.30 pagi didahului dengan ucapan Selamat Datang oleh YBhg. Dato’ Sabariah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Sekitar jam 10.00 pagi diadakan pula Forum Bicara Wanita yang membicarakan tentang Wanita Gemilang Penjana Peradaban Cemerlang.Pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim dan YBrs.Dr. Modeline Berma menjadi ahli panel forum tersebut.

Sekitar jam 2.30 petang dengan ketibaan Dif-dif Kehormat, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YABhg.Datin Sri Rosmah Mansor.

Acara pada petang itu diteruskan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan bacaan doa.Setelah itu, majlis diserikan pula dengan ucapan alu-aluan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Majlis sambutan yang di adakan pada setiap tahun itu, bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada wanita atas sumbangan mereka dalam pembangunan dan kemajuan negara, memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat umum khusunya golongan wanita.

Raikan Wanita 2 - woman online magazine

Majlis yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia itu telah dihadiri oleh kira-kira 3000 orang.Selain Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Penasihat dan Perunding Wanita serta Penyampaian Watikah Pelantikan Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita di Univeristi Kebangsaan Malaysia(UKM). Sebelum itu program tersebut turut dirancakkan dengan pengisian menarik seperti Pameran Informatif dan Forum.

Seramai 18 wanita dalam pelbagai sektor dan kepakaran telah terpilih menerima watikah perlantikan ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita(MPPW) termasuk  YB Dato’ Sri Rohani sendiri yang dilantik sebagai Pengerusi.Menurut Perdana Menteri Dato'Sri Mohd Najib,kerajaan prihatin tentang nasib dan pembelaan ke atas golongan ibu tunggal yang kini dikatakan telah mencecah 235,240, menerusi hasil yang dibuat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia bagi tahun 2010.Beliau juga juga berharap agar pihak kementerian dan badan bukan kerajaan(NGO)memberikan tumpuan khas kepada ibu tunggal di negara ini. Ia juga akan diperkasakan menerusi perlantikan baru Kursi Kepimpinan Wanita di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dipimpin oleh Tan Sri Dr Rafiah Salim dan penubuhan MPPW.

Dengan perlantikan tersebut, MPPW ini akan memainkan peranan sebagai sebuah badan pemikir, pemantau dan penilai kepada kecekapan dan keberkesanan perlaksanaan dasar serta program-program kerajaan di samping memastikan Malaysia sentiasa patuh dan melaksanakan komitmen-komitmen yang telah ditandatangani berkaitan wanita. Antara ahli MPPW ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Ainon Kuntum, Senator/Ahli Majlis Orang Kurang Upaya(OKU), Bathmawati Kirsnan, Pengerusi Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia,Prof Madya Dr Madeline Berma, Produser filem dan teater, Puan Sri Tiara Jecquelina dan Pelakon/pengacara Daphne Iking.

<< Sehati Sejiwa Adalah Tema Hari Kebangsaan 2015 dan pelbagai aktiviti sampingan lain akan diadakan.Info selanjutnya di sini.

Sila layari Layari facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Rahsia Diet. Ketahui Jenis Sayur Yang Boleh Buat Anda Kurus!

Next post

Tiga “Chef Rumah” Bersiang Merebut Gelaran MasterChef Asia Pertama

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *