Ada Apa?Buletin

La Cremeria® Mini Terbaharu – Kenikmatan Dalam Satu Gigitan

La Cremeria 2 - woman online magazine

Kadangkala, benda yang baik datang dalam pakej secara kecil-kecilan, seperti produk terbaharu dari Nestle, La Cremeria® Mini.Disaluti 100% coklat susu, La Cremeria® Mini ini boleh didapati dalam 3 perisa yang menarik – La Cremeria® Mini Almond Vanilla, La Cremeria® Mini Chocolate and La Cremeria® Mini Delightfully Pecan.

Kasih sayang dan ketelitian yang sama telah dicurahkan bagi menghasilkan rangkaian stik La Cremeria® Mini. Setiap perisa direka dengan penuh ketelitian dan kesungguhan bagi menghasilkan rasa yang terbaik daripada setiap bahan yang digunakan.

“Kami percaya semua orang harus meluangkan masa untuk menghargai kehidupan dan dengan La Cremeria® Mini, para penggemar berpeluang untuk merasai kenikmatan aiskrim ini pada bila-bila masa. Walaupun saiznya yang kecil boleh, namun ia mencukupi untuk dinikmati oleh sesiapa walaupun dengan jadual kerja yang sibuk,” jelas Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Yit Woon Lai.'

“Dengan membeli La Cremeria® Mini, para penggemar juga boleh menikmati aiskrim bila-bila tanpa perlu risau sekiranya akan kehabisan. Ini kerana La Cremeria® Mini akan berada dalam pasaran dalam pek multi sebanyak 6 stik yang boleh dikongsi bersama keluarga serta rakan-rakan.

Kenapa pilih untuk menikmati satu sekiranya anda boleh menikmati keenam-enam stik aiskrim?” tambah Yit. Aiskrim La Cremeria® Mini dijual pada harga RM10.90 dalam pek yang mengandungi enam stik dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama dan petromart di seluruh negara. Terdapat tiga jenis, selain daripada versi Mini, La Cremeria® Stik juga dijual dalam pek yang mengandungi tiga stik pada harga RM 10.05

 

  • LA CREMERIA® ALMOND VANILLA

Aiskrim perisa vanila yang penuh berkrim dilengkapi dengan potongan kacang badam yang rangup bersalut coklat susu dan hirisan badam yang segar.

 

  • LA CREMERIA® CHOCOLATE

Aiskrim perisa coklat diisi dengan potongan kacang badam yang rangup bersalut coklat susu dan serpihan kon.

 

  • LA CREMERIA® DELIGHTFULLY PECAN

Aiskrim perisa pecan disaluti coklat susu yang kaya dan dilengkapi hirisan badam segar

 

Aiskrim La Cremeria® Stik telah dilancarkan pada bulan Jun 2015 bersertakan kempen bertemakan “The World Can Wait” juga akan memaparkan sebuah klip muzikal di YouTube yang mempersembahkan penyanyi dan penulis lirik tempatan, Elizabeth Tan bersama detik La Cremeria® Mininya. Menerusi klip berkenaan, pengguna juga boleh mengalami detik istimewa. La Cremeria® Mini secara digital dan berkongsi pengalaman itu bersama rakan-rakan melalui laman Facebook La Cremeria®

Kempen ini akan melibatkan beberapa siri jelajah yang bakal diadakan di Golden Screen Cinemas terpilih begitu juga di pasaraya-pasaraya utama dan petromart sekitar Semananjung Malaysia mulai akhir bulan Ogos di mana pengguna boleh mencuba sampel aiskrim La Cremeria® Mini dan berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik.

<< Ketahui lebih lanjut tentang kisah aiskrim yang dikatakan bukan penyebab batuk dan selsema di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Paling Senang Merawat Kulit Wajah Agar Kelihatan Lebih Cerah

Next post

Jom, Ketahui Cara Mengatasi Rambut Berminyak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *