Ada Apa?Buletin

Ayuh, Raikan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya(OKU) 2015

hari-orang-kurang-upaya-2015

Orang Kurang Upaya.Majlis Perasmian Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2015 pada hari ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Hari OKU mula disambut di negara kita pada 1981 sebagai Sambutan Antarabangsa Orang Cacat.Ianya disambut bersama negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lain. Pada 1992, PBB telah mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.

Selaras dengan komitmen antarabangsa tersebut, mulai 3 Disember 1994, Malaysia turut mengadakan sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan pada setiap tahun.Tarikh 3 Disember merupakan hari yang cukup bermakna buat seluruh warga OKU di seluruh dunia.

Antara program dan aktiviti yang berlangsung sempena sambutan tersebut termasuklah pameran, persembahan warga OKU, penyampaian enam anugerah, iaitu anugerah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cemerlang, Anugerah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) OKU Cemerlang, Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Prihatin, Anugerah Majikan Prihatin, Anugerah Ibubapa Mithali OKU, Anugerah Khas OKU (Kategori Sukan, Usahawan dan Akademik)

Tema sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan 2015 adalah Kepentingan Inklusif : Akses dan Pemerkasaan OKU.

Selaras dengan temanya, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat inklusif sebagai tanggungjawab bersama, ia turut menekankan penghormatan dan pengiktirafan terhadap kemampuan, potensi dan sumbangan OKU. Di samping mengetengahkan inisiatif kerajaan dalam memenuhi hak dan kepentingan OKU.

 

<< Ketahui tentang Karnival Produk  OKU di PWTC

 

Maklumat lanjut layari

www.kpwkm.gov.my

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Kebaikan Bertungku Yang Wajib Ada Tahu

Next post

Kena Tiru! 5 Cara Solekan Asas Buat Anda Tampil Lebih Cun

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *