Ada Apa?Buletin

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Perkenalkan Rumusan Horlicks® Chocolate Terbaru

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare - women online magazine

Anda suka minum Horlicks® Chocolate? GlaxoSmithKline Consumer Healthcare perkenalkan rumusan terbaru Horlicks® Chocolate

GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare , syarikat FMCH global terkemuka dalam segmen penjagaan kesihatan pemakanan dan OTC, telah memperkenalkan rumusan baru dan dipertingkat untuk minuman malt klasiknya, Horlicks®, memperkayakan rumusan yang sedia ada dengan campuran mikronutrien bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Horlicks® Chocolate membekalkan kanak-kanak 23 zat penting termasuk kalsium, protein dan multivitamin untuk menyokong keperluan tumbesaran dan perkembangan menyeluruh mereka.

Penekanan dalam menghasilkan minuman yang padat dengan khasiat lahir daripada penyelidikan yang menunjukkan bahawa terdapat jurang pemakanan yang besar di kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan 13.2% kurang berat badan dan 15.8% menunjukkan tumbesaran yang terbantut.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti tidak mengambil sarapan pagi, kerap mengambil makanan ringan dan makanan segera,kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran5. Ia berkaitan dengan kekurangan mikronutrien seperti zat besi, iodin, vitamin A dan vitamin D yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

“GlaxoSmithKline Consumer Healthcare komited untuk menjadi nama yang paling dipercayai dalam memupuk khasiat pemakanan harian keluarga supaya lebih ramai rakyat Malaysia lebih cergas dan aktif, berasa lebih sihat dan bertenaga, hidup lebih lama,” kata Rachel Ferdinando, Naib Presiden dan Pengurus Besar GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia dan Brunei.

“Kami amat berbangga dengan warisan kami di Malaysia, setelah berada di sini lebih daripada 50 tahun. Banyak jenama kami menjadi sebutan ramai kerana sejak bergenerasi rakyat Malaysia mempercayai mutu dan janji yang kami tawarkan. Kami berbesar hati menawarkan produk ini dalam pasaran hari ini yang menyokong perkembangan menyeluruh. “

“Sejak diperkenalkan di seluruh dunia lebih 100 tahun lalu, Horlicks® telah mengekalkan kedudukannya sebagai produk yang berkualiti dan berkhasiat yang membantu kesihatan seisi keluarga. Jenama ini dipercayai para ibu yang arif sejak bergenerasi, hubungan yang telah dipupuk oleh jenama ini menerusi penambahbaikan ketara rumusannya selama ini. Hari ini, formula Horlicks® boleh membantu menangani ‘hidden hunger’ (kelaparan tersembunyi), isu pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien yang masih wujud di kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Menurut Profesor Dr Khor Geok Lin, Profesor Pemakanan dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), kelaparan tersembunyi tidak sama seperti kelaparan akibat kekurangan makanan. Ia adalah kekurangan vitamin dan mineral kronik yang biasanya tidak menunjukkan tanda amaran yang jelas, jadi orang yang menderitainya tidak menyedarinya. Akan tetapi kesannya tetap memudaratkan kerana kelaparan tersembunyi boleh menyebabkan perkembangan mental yang lemah, kesihatan fizikal dan produktiviti yang rendah.

“Wanita dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah di negara-negara  membangun selalunya paling teruk terjejas, tetapi kajian tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di kawasan bandar seperti KL dan PJ juga turut mengalami kekurangan mikronutrien termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk memberitahu ibu-ibu dan mendidik kanak-kanak sejak kecil untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” tambah Profesor Khor.

“Kami memahami bahawa ibu-ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan Horlicks® Chocolate memberikan kombinasi khasiat pemakanan yang amat khusus bagi menyediakan apa yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar untuk tumbesaran dan perkembangan  menyeluruh.  Di samping itu, minuman kesihatan baru ini juga datang dengan rasa coklat yang lazat. Kini kami telah berjaya menggabungkan kebaikan unik khasiat Horlicks® dengan rasa baru yang pasti digemari kanak-kanak” tambah Katharine Chen, Pengarah Pemasaran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia.

Dipenuhi 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral, Horlicks® Chocolate baru mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum untuk membekalkan keperluan pemakanan keseluruhan kanak-kanak.

Foto kredit: GSK Consumer Healthcare Malaysia

<<Nippon Paint mengumumkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Colourful Dreams’ yang memasuki fasa baru bersama rumah kebajikan kanak-kanak. Ketahui di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Kek Marble Cheese Benar-Benar ‘Yummy’!

Next post

Awas, Salah Pilih Saiz Bra Undang Masalah Kesihatan!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *