Ada Apa?X-Tra

Menangi Hadiah Hebat Bila Anda Bayar Bil Indah Water Secara Online

Indah Water Oline main pic

Indah Water Online. Anda dah bayar ke bil Pembentungan IWK? Kalau belum, cepat-cepatlah sebab sekarang ini tengah ada promosi untuk pembayar-pembayar bil IWK.

Jadi, rebut peluang untuk memenangi kad eksklusif IWK-Touch ‘n’ Go.Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu bayar bil IWK anda secara atas talian mulai 11 – 31 Januari 2016.

 

E-mel bukti pembayaran (gambar skrin komputer atau resit atas talian) dan hantar kepada iwkcontest@gmail.com

Sila kemukakan nama penuh dan nombor telefon dalam e-mel tersebut.

Kad eksklusif IWK-Touch ‘n’ Go menanti 300 pelanggan pertama setiap minggu (11 – 17 Januari, 18 – 24 Januari, 25 – 31 Januari), yang memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Jadi, jangan lepaskan rebut hadiah yang ditawarkan ini selagi ada masih ada waktu sebelum tarikh tutupnya.

 

Perbankan Internet :

www.Maybank2u.com.my.   Bagi pemegang akaun Maybank sahaja

www.cimbclicks.com.my     Bagi pemegang akaun CIMB sahaja.

www.mbfcards.com (MBf “Click n' Pay”) bagi semua pemegang kad kredit Master

www.rhbbank.com.my   Bagi pemegang akaun RHB sahaja.

www.pbebank.com   Bagi pemegang akaun Public Bank & Finance sahaja.

www.AmOnline.com.my   Bagi pemegang akaun AmBank sahaja.

www.bankislam.biz   Bagi pemegang akan Bank Islam sahaja.

www.eonbank.com.my Bagi pemegang akan EON Bank sahaja.

www.posonline.com.my

 

Anda nak lagi hadiah yang lagi best?

Jadilah antara 45 pelanggan pertama yang membuat bayaran bil IWK atas talian untuk setahun (termasuk caj GST) dan e-mel bukti pembayaran kepada pihak IWK.

Anda akan membawa pulang beg komputer eksklusif IWK bernilai RM150.

Untuk mengetahui syarat dan peraturan promosi yang ditawarkan, anda boleh layari www.iwk.com.my

Indah Water Online

 

Kini Tiada Lagi Alasan!

Sekarang ini, tiada alasan lagi untuk kita melambat-lambatkan pembayaran bil pembentungan IWK. Pembayaran secara online sememangnya memudahkan kita. Jadi, cepatlah bayar bil IWK dan jangan biar sampai tertunggak! Kita kena ingat, setiap hari, IWK memastikan loji olahan kumbahan awam beroperasi dengan efisien selama 24 jam sehari dan sepanjang tahun.

Bahkan,  IWK juga bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan untuk mengosongkan tangki septik secara berjadual supaya kumbahan tidak melimpah ke dalam longkang dan mencemari perairan. Segala wang yang kita bayar kepada IWK, akan dilaburkan kembali untuk membeli membeli peralatan yang sesuai dan sebagainya. Semuanya adalah untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan mampu memelihara kebersihan alam sekitar, melindungi sumber-sumber air dan yang paling penting sekali kesihatan awam.

Negara kita  memerlukan sistem pembetungan yang moden dan efisien. Ianya adalah bagi memastikan air kumbahan dirawat terlebih dahulu sebelum ianya disalirkan ke dalam sistem pengairan (samada sungai, parit dan laut). Sekaligus ianya dapat membantu negara :-

1. Memelihara sumber air
 
2. Melindungi kesihatan awam 
 
3. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat
Indah Water Online 2
Indah Water Konsortium (IWK) sememangnya memikul tugas penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat menerusi sistem pembetungan yang diselenggarakan dengan baik. Sebagai pengguna marilah kita sama-sama menyokong usaha murni IWK ini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jika Anda Berwajah Bulat Dan Berpipi, Cubalah Baca 4 Tips Memakai Hijab Ini!

Next post

Ketahui Punca Sebenar Penyakit Ekzema

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *