Ada Apa?X-Tra

Tandas Duduk Mengundang 1001 Bahaya

tandas-duduk-woman-online-magazine

Kredit Foto: happyhousecleaning

Tandas Duduk.Sebahagian besar kemudahan bilik air di pejabat dan pusat membeli belah menggunakan tandas jenis duduk. Terdapat satu kebimbangan di kalangan wanita tentang kemungkinan terkenanya jangkitan vagina kerana menggunakan tandas duduk yang tersedia itu.

 

Baca Juga: Infeksi Alat Kelamin 

 

Kebimbangan adanya infeksi kelamin pada wanita kerana penggunaan tandas awam mula timbul setelah ada kajian mengatakan bahawa lebih dari 30% wanita yang berjumpa dengan doktor, telah dijangkiti infeksi kulat atau bakteria pada vagina seperti ‘chlamydia’. Malah, ramai di antara mereka juga yang tidak menyedari telah terkena jangkitan kulat tersebut dan akhirnya mengalami keputihan yang berlebihan.

 

Baca Juga: Bahaya Keputihan Berlebihan

 

Sungguhpun begitu, setelah dikenal pasti oleh para doktor, kesimpulannya bahawa infeksi vagina akibat kulat atau bakteria ternyata tidak ditularkan melalui tandas duduk kerana bakteria atau kulat tersebut tidak dapat hidup lama dalam udara bebas. Contohnya, ‘chlamydia, kulit itu akan mati seketika jika dibiarkan dalam udara bebas.

Jadi, jika betul ada kulat atau bakteria yang menempel pada alas duduk di tandas duduk, dapat dipastikan bahawa kulat atau bakteria tersebut akan mati seketika dan tidak mungkin menular. Namun, tidak ada salahnya untuk membersihkan alas duduk pada tandas duduk terlebih dahulu sebelum anda menggunakannya.

 

Baca Juga: Jenis Keputihan

 

Sebenarnya apa yang perlu anda perhatikan untuk mencegah terjadinya infeksi kelamin ialah ‘anal seks’ dan ‘vagina seks’, kerana kegiatan tersebut merupakan media penularan bakteria dan kulat yang paling efektif. Cara lain yang juga mempunyai potensi adalah ‘oral seks’ dan perhubungan antara ibu dengan bayi yang dilahirkan melalui cara normal.

 

Baca Juga: Punca Vagina Gatal

 

Nampaknya, kepentingan menjaga kebersihan vagina secara semulajadi pada ketika ini telah ditewaskan oleh gambaran iklan pelbagai produk pembersih vagina! Alasan kuat mengapa kita tidak perlu menggunakan pencuci vagina adalah kerana vagina mempunyai kemampuan untuk membersihkan dirinya sendiri dengan kandungan ‘aksid laktat’ yang dihasilkan dari dalam tubuh.

<< Ketahui 7 benda yang dipenuhi dengan kuman di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

12 Makanan Kaya Protein Untuk Lebih Sihat Dan Cantik

Next post

7 Petua Panjangkan Rambut Dengan Cepat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *