Resepi Kerabu Kerang
Foto: Sekadar Hiasan
Kerabu Kerang. Teringin untuk membuat sendiri Kerabu Kerang? Mungkin boleh dijadikan menu makan tengahari bersama keluarga tersayang.
Kerabu kerang memang sedap. Lebih lagi, jika digandingkan dengan taugeh dan kacang botor. Cara menyediakan kerabu kerang juga cukup simple dan mudah. Ini membuatkan sajian kerabu kerang ini sesuai sangat dijadikan hidangan makan tengahari ataupun malam.
Kerang bukan sahaja enak, tetapi juga mengandungi banyak zat dan turut bermanfaat buat tubuh. Antaranya;
1. Kerang berupaya mencegah penyakit jantung kerana mengandungi asid lemak omega 3 yang bukan hanya baik untuk otak, tetapi dapat juga membantu kerja jantung.
2. Kerang juga membantu pembentukan sel darah merah. Kalium yang ada pada kerang baik untuk membentuk kembali sel darah merah sehingga tubuh tidak mudah penat.
3. Kerang juga membantu tekanan pada darah kerana zat ‘potassium’. Selain untuk tekanan darah, ‘potassium’ ini juga dapat membantu metabolisme pada tubuh.
4. Kerang dapat menjaga kesihatan mata kerana memiliki vitamin A bagus untuk mata.
5. Dapat membuat kadar kolesterol tetap seimbang. Kolesterol dalam kerang sangat rendah sehingga bagus dimakan oleh penderita kolesterol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kerabu Kerang:
300gm isi kerang yang sudah direbus
5 batang kacang botor
Taugeh secukupnya
2 batang serai dihiris halus
4 ulas bawang merah dihiris halus
10 biji cili padi diketuk kasar
Daun ketumbar secukupnya dihiris halus
1 biji buah tomato dipotong dadu
Air limau nipis secukupnya
Kerisik secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Dapatkan Juga: Resepi Rendang Kerang
Cara Membuat Kerabu Kerang:
1. Bersihkan kacang botor dan potong nipis-nipis.
2. Bersihkan taugeh dan dicelur seketika.
3. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaul hingga sebati.
4. Jika ada bahan yang terkurang, bolehlah ditambah mengikut selera masing-masing.
5. Sedia untuk dihidangkan sebagai salah satu menu menarik untuk makan tengahari ataupun malam.
Nota Kaki: Jika suka anda boleh SHARE resepi ini.
No Comment