ModeStail

Misteri Di Sebalik Tema Warna Pakaian Untuk Raya 2015

tema warna 2015 - woman online magazine

Kredit : image

Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia kepada semua pembaca dan pengikut setia WOM.my.Saya pasti ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk hari raya terutamanya golongan isteri dan ibubapa. Mana taknya, banyak persiapan yang harus dilakukan untuk sekeluarga. Pernah tak anda terfikir apakah tema warna 2015 yang bersesuaian untuk hari raya ini?

Dalam artikel yang terdahulu pernah saya kongsikan tentang warna-warna dan maksud ataupun mesej di sebalik setiap warna tersebut; tetapi lebih fokus kepada aplikasi warna untuk ruang pejabat.Tetapi tidak salah sekiranya anda merujuk kepada maksud warna-warna tersebut kerana karakter warna adalah tetap dan membawa maksud yang sama tidak kira lah sama ada digunapakai untuk ruang rumah/pejabat ataupun sebagai panduan pemilihan pakaian individu.

Mari kita lihat sekali lagi maksud-maksud warna dan apakah mesej “subtle” yang anda sampaikan sekiranya dijadikan pilihan pakaian atau tema warna 2015 bersempena hari raya nanti:-

MERAH

Ia merupakan warna yang dapat menjadikan anda berasa bertenaga, ramah dan tidak boleh berdiam diri.Sekiranya anda memilih untuk memakai atau menjadikannya tema warna 2015 ini, jangan hairan sekiranya anda menjadi “centre of attention” orang di sekeliling dan tidak hairan jugalah sekiranya anda rasa tidak puas berjalan ke sana kemari menziarahi sanak saudara dan juga rakan; kerana warna merah membuat anda aktif.Cuma perlu diingatkan bahawa warna ini juga akan cepat membuat anda berasa letih kerana getaran warnanya menyerap tenaga anda dengan banyak.

JINGGA

Warna jingga merupakan gabungan warna merah dan kuning dan oleh itu ia mempunyai sifat bertenaga serupa dengan warna merah tetapi tidak sekuat merah.Sekiranya anda memilih tema warna 2015 dengan memakai warna ini di hari raya, mesej yang disampaikan kepada orang yang anda ziarahi adalah anda merupakan seorang yang sukakan cabaran, berani dan penuh bersemangat dalam hidup dan ianya dapat menggalakkan perbualan antara individu.Jadi sekiranya ini yang anda mahu sampaikan, pilihlah warna jingga sebagai tema pakaian di hari raya nanti.

KUNING

Warna kuning selalunya dikaitkan dengan matahari dan sebab itulah orang yang memakai warna kuning akan sering dikatakan sebagai seorang yang positif dan secara semula jadinya mempunyai sifat ceria, gembira dan optimistik.Jadi, jika anda mahu menghidupkan suasana sebarang majlis hari raya yang bakal anda hadiri nanti, kenakan pakaian berwarna kuning sebagai tema warna 2015.

HIJAU

Seperti yang anda semua sedia maklum warna hijau banyak dikaitkan dengan alam semulajadi dan orang yang memakai pakaian berwarna hijau sering dikaitkan dengan peribadi yang tenang, menenangkan dan merupakan orang yang mencintai kedamaian.Oleh itu, sekiranya di setiap sambutan hari raya anda berasa terlalu sibuk dan kelam kabut dengan kekecohan ahli keluarga serta sahabat handai, maka pilihlah hijau sebagai tema warna 2015. Ini adalah kerana dengan memakai warna hijau anda akan kekal tenang dalam menghadiri apa jua majlis yang diundang kelak.

FIRUS

Warna firus mempunyai elemen yang dapat merangsangkan personaliti yang menyegarkan dan menarik. Sekiranya anda memilih untuk mengenakan pakaian berwarna firus, anda jangan terkejut sekiranya anda terus menerus ditegur oleh orang di sekeliling yang mahu berbual dengan anda sewaktu di majlis sambutan hari raya. Dan anda juga tidak perlu risau sama ada anda akan terkelu untuk berbicara dengan mereka kerana warna firus juga dapat merangsang komunikasi yang jelas.

BIRU

Selain hijau, warna biru merupakan satu lagi warna yang mempunyai elemen menenangkan. Jadi sekiranya anda tidak mahu memilih warna hijau ataupun inginkan satu lagi pilihan warna untuk majlis yang berbeza, anda bolehlah memilih warna biru sebagai tema warna 2015. Malahan orang yang memakai warna biru akan turut di lihat sebagai seseorang yang setia serta jujur dan turut menghargai kesetiaan dan kejujuran dari orang lain. So, jika ini mesej yang ingin anda sampaikan…pilihlah warna biru.

UNGU

Ada yang fikir bahawa untuk kelihatan cantik, tampan dan menawan perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli pakaian mahal serta berjenama. Tidak semestinya!Di sini biar saya kongsikan satu tips untuk menampakkan apa jua yag anda kenakan dapat tampil kelihatan “exclusive” dan “elegant” ialah dengan memilih warna ungu, kerana ia mempunyai elemen yang dapat memberikan “feel exclusive” dan “elegant”.

MERAH JAMBU

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum walaupun mungkin tanpa di sedari bahawa warna merah jambu sering di kaitkan dengan kasih sayang dan cinta.Ada betulnya kerana warna merah jambu mempunyai elemen-elemen yang menimbulkan emosi tersebut.Oleh itu, sekiranya anda memilih merah jambu sebagai tema warna 2015 untuk pemakaian di hari raya, ianya akan menampilkan anda sebagai seorang yang romantik, penyayang, kelembutan dan keayuan bagi wanita.

Mungkin warna merah jambu mudah di kenakan oleh golongan wanita, tetapi agak mencabar untuk segilintir golongan lelaki. Ini sebenarnya agak normal kerana 98% lelaki di seluruh dunia kurang menggemari warna merah jambu. Komen yang sering saya terima dari golongan adam yang “allergic” dengan warna merah jambu adalah warna tersebut tidak melambangkan sifat kelakian.Itu terserah kepada setiap individu sama ada mereka selesa atau tidak untuk mengenakan warna tersebut. Tapi yang pasti, bagi lelaki yang selesa mengenakan warna merah jambu bukan sahaja menyampaikan mesej bahawa dirinya seorang yang romantik dan penyayang tetapi juga seorang yang berani dan berfikiran terbuka.

HITAM

Warna hitam merupakan satu warna yang mempunyai sifat-sifat misteri dan sering dikaitkan dengan yang tidak diketahui kerana elemen-elemennya masih banyak yang tidak diketahui. Oleh itu, tidak hairanlah warna ini sering menjadi pilihan golongan yang kreatif dan selalunya membawa imej tersendiri.Selain itu, pemakai warna hitam selalunya juga adalah mereka yang “introvert” dan kurang gemar berinteraksi dengan orang disekeliling yang tidak dikenali ataupun seseorang yang suka memberontak.Personally, saya ingin sarankan kalau boleh untuk mengelak memakai warna hitam bersempena hari raya kerana hari raya merupakan suatu perayaan bagi meyambut kemenangan seluruh umat Islam yang berjuang di bulan Ramadan dan kejayaan ini is best conveyed melalui warna-warna ceria seperti kuning, hijau dan lain-lain.

PUTIH

Warna putih sebagaimana yang kita tahu memantulkan semua warna dan oleh sebab itu pemakai akan berasa kurang panas apabila mengenakan pakaian warna putih.Bagi cuaca di Malaysia yang panas, warna ini mungkin sesuai untuk anda terutamanya yang banyak menghabiskan masa di luar kerana menghadiri masjlis perayaan hari raya nanti.Selain itu, ia turut menggambarkan kebersihan, kemurnian dan kesucian. Oleh sebab itu, mesej yang sama akan sampai kepada orang di sekeliling akan karakter individu yang memakai warna putih.

PERANG (BROWN)

Warna perang bersifat alami dan neutral kerana warnanya sinonim dengan bumi dan tanah. Ini turut mencerminkan karakter warna tersebut yang melambangkan kestabilan dan “reliable”.Apabila seseorang itu mengenakan pakaian berwarna perang, frekuensi warna tersebut akan turut mewujudkan rasa yang sama dalam diri si pemakai dan akan dilihat sebagai seseorang yang berpersonaliti matang, stabil dan boleh dipercayai.Jika anda mahu orang di sekeliling mengenali diri anda sebagai seseorang yang berpersonaliti sebegitu, pilihlah warna perang sebagai warna tema 2015 dalam pemakaian anda.

Artikel ini ditulis oleh Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL

<< Ketahui jawapan mengapa kita mesti cari kerja baru di tahun baru di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bila Dah Semakin Berumur, Anda Perlu Lebih Peka Menjaga Kesihatan Diri!

Next post

Kenapa Kita Mesti Pilih Sayur Organik Berbanding Sayur Biasa? Jawapannya Ada Di Sini…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *