ModeStail

Kenali 8 Jenis Seluar Jeans Wanita Yang Sesuai Untuk Anda

 

Seluar Jeans Wanita - Women Online Magazine 1

Kredit Foto: modernmagazin.com,image1.oasap.com,stetson.com,polyvore.com,cache.theoutnet.com,

voonik.com,gap.com,asos-media.com,asos-media.com

Seluar Jeans Wanita.Ia adalah di antara outfit yang wajib ada di dalam almari anda.

Jarang bagi kaum wanita untuk memiliki pelbagai jenis seluar jeans kerana kebiasaannya anda hanya akan selesa memakai satu seluar jeans yang sesuai dengan bentuk tubuh anda.

Sebelum anda membeli seluar jeans wanita, apa kata jika anda mengenali dahulu kelemahan bentuk tubuh anda dan mencari potongan seluar jeans wanita yang sesuai bagi anda.

  • Bentuk Epal

Kebiasaannya, bagi wanita yang memiliki bentuk tubuh sebegini anda lebih cenderung untuk memiliki bahu yang lebar serta saiz payudara yang besar. Akan tetapi anda memilki saiz pinggul dan pinggang yang sedikit kecil. Oleh itu, anda perlu menyesuaikan seluar jeans wanita agar ia memberikan ilusi pinggang yang lebih cantik.

Jalan Penyelesaian:

Anda dinasihatkan untuk memakai seluar jeans wanita jenis ‘boot cut’ kerana ia mempunyai potongan yang kecil dari bahagian pinggang hingga ke lutut tetapi sedikit melebar dari lutut ke bawah. Seluar jeans wanita jenis ini akan memberikan potongan yang menarik bagi anda yang memiliki tubuh bentuk epal.

  • Bentuk Pear

Ciri-ciri tubuh bentuk pear ialah mempunyai saiz pinggul dan paha yang besar berbeza dengan bahagian bahu anda. Anda akan memiliki kesukaran untuk memilih apa jua pakaian serta seluar disebabkan saiz pinggul dan paha yang besar.

Jalan Penyelesaian:

Jadi, seluar jeans wanita jenis ‘boot cut’ adalah penyelamat anda. Potongannya yang sedikit melebar pada bahagian bawah boleh mengimbangi bentuk tubuh badan anda supaya kelihatan lebih seimbang. Pilih warna yang gelap seperti hitam atau biru gelap untuk membantu si pemakai kelihatan lebih ramping.

 

Baca Juga: Gemuk Itu Cantik

 

  • Bentuk Hourglass

Wanita yang memiliki tubuh bentuk hourglass adalah sangat bertuah kerana anda cenderung untuk memilki saiz payudara dan pinggul yang sama lebar. Anda perlu bijak memilih seluar jenas wanita untuk menampakkan tubuh bentuk hourglass yang menjadi idaman ramai wanita.

Jalan Penyelesaian:

Pilihlah seluar jeans wanita potongan ‘straight cut’ atau ‘boot cut’. Kedua-duanya dapat memberikan ilusi yang sama bagi tubuh bentuk hourglass. Namun, ia tidak menjadikan masalah sekiranya anda memakia seluar jeans wanita potongan lain kerana bentuk tubuh anda sudah seimbang.

  • Bentuk Straight

Ada juga di antara kaum wanita yang memilki tubuh bentuk straight. Usah bimbang, walaupun anda memilki saiz payudara yang sedikit kecil serta saiz pinggul yang sederhana, tetapi anda mudah untuk menggayakan apa jua pakaian serta seluar jeans wanita terutamanya.

Jalan Penyelesaian:

Seluar jeans wanita potonga ‘low cut’ atau ‘low waist’ sangat sesuai dengan anda. Padankan juga bersama tali pinggang yang besar supaya memberikan ilusi pinggul yang sedikit lebar. Seluar jeans wanita potongan ‘skinny’ juga amat sesuai untuk memberikan ilusi kaki kelihatan panjang.

 

Baca Juga: Nikmat Pakai Seluar Ketat

 

Info Ekstra!

Jenis-jenis seluar jeans wanita

Seluar Jeans Wanita - Women Online Magazine 2

1. Seluar Jeans Wanita Potongan Straight Cut

– Ia mempunyai potongan yang sama lebar dari pinggul ke bawah

 

2. Seluar Jeans Wanita Potongan Boot Cut

– Ia mempunyai potongan yang kecil dari pinggul ke bahagian lutut tetapi sedikit lebar dari lutut ke bawah.

 

3. Seluar Jeans Wanita Potongan Super Flare

– Potongan ini mempunyai potongan yang sangat besar pada bahagian lutut dan ke bawah.

 

4. Seluar Jeans Wanita Potongan Skinny

– Seluar jeans ini betul-betul mengikut potongan bentuk kaki anda.

 

Seluar Jeans Wanita - Women Online Magazine 3

 

5. Seluar Jeans Wanita Potongan Ankle Length

– Ia mempunyai potongan yang lurus dan agak singkat iaitu pada paras buku lali anda, sesuai dipadankan bersama kasut tumit tinggi.

 

6. Seluar Jeans Potongan Boyfriend Cut

– Ia mempunyai potongan seluar jeans lelaki yang agak besar dan longgar.

 

7. Seluar Jeans Wanita Potongan High Waist

– Ia sama juga seperti seluar jeans wanita potongan skinny tetapi mempunyai potongan pinggang yang tinggi hingga paras atas pusat.

 

8. Seluar Jeans Wanita Asid Wash

– Kebiasaannya seluar jeans ini memiliki potongan ‘skinny’ tetapi corak fabriknya seakan luntur dan mempunyai pelbagai pilihan warna.

 

<< Baca tips untuk tampil lebih trendy dengan kemeja jeans di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Warna Lipstik Mampu Buat Anda Lebih Cantik Dan Menyerlah

Next post

10 Khasiat Mujarab Bawang Putih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *