DekoStail

4 Tips Bilik Tidur Cantik Biarpun Sempit

Bilik Tidur Selesa - Woman Online Magazine

Kredit: miiuk

Bilik Tidur Cantik. Siapa yang tak nak, kan? Apatah lagi, bilik tidur merupakan tempat yang paling selesa untuk kita melepaskan penat lelah setelah seharian berada di luar rumah.

Namun, bilik tidur juga boleh menjadi satu ruang yang membosankan jika keadaannya tidak cantik, menarik dan kemas. Macam mana nak dapatkan bilik tidur yang cantik? Anda boleh melakukannya dengan cara yang mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak belanja asalkan anda mengetahui cara yang tepat. Peliharalah selalu keindahan bilik tidur anda supaya anda berasa selesa ketika beradu.

 

Berikut adalah caranya untuk mendapatkan bilik tidur cantik.

 

  1. Warna Dinding Bilik Tidur

Catlah bilik tidur anda dengan warna-warna cerah atau warna kegemaran anda. Dengan memberikan warna cerah ia akan membuatkan bilik tidur adna kelihatan lebih cantik dan terang. Jika anda menyukai hiasan dinding, anda boleh melekatkannya pada dinding agar ianya menjadi bilik tidur cantik.

 

Baca Juga: Wallpaper Ruang Tamu

 

  1. Pemilihan Cahaya Lampu

Pencahayaan pada bilik tidur yang tepat akan membuatkan bilik tidur anda bukan sahaja cantik, malahan nampak elegan. Jika warna dinding bilik tidur anda berwarna cerah, pilihlah cahaya lampu yang agak gelap sedikit. Ianya akan mempengaruhi keselesaan anda ketika beradu, kerana cahaya yang masuk ketika anda hendak melelapkan mata boleh mempengaruhi hormon melatonin. Pastikan cahaya yang memenuhi bilik tidur cantik anda itu tidak berlebihan ya!

 

  1. Kuasa Cermin

Bilik tidur akan kelihatan lebih menarik apabila diberikan hiasan cermin menghiasi dindingnya. Dengan adanya cermin, anda pasti tidak akan berasa bosan sekalipun seharian duduk memerap di dalam bilik tidur.

 

  1. Pemilihan Perabot Bilik Tidur

Jika keluasan bilik tidur anda tidak terhad, anda mungkin tidak akan berhadapan dengan banyak masalah. Bagi anda yang mempunyai bilik tidur yang agak kecil, sebaiknya kurangkan beberapa barang atau perabot yang boleh membuatkan bilik tidur anda nampak sesak ataupun sempit.

 

Nota Kaki: Jika anda punya kawan-kawan yang suka menghias kediaman, jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara untuk memilih warna cat bilik tidur anda di sini.

 

 

Previous post

Kiropratik Kaedah Rawatan Pembetulan Tulang Belakang

Next post

9 Cara Kecilkan Paha Paling Cepat Dan Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *