BuzzzStail

Lagu Baru Selena Gomez Yang ‘Panas’ Buat Justin Bieber?

Salina Gomez - women online magazine

Penyanyi pop sensasi, Selena Gomez, 22 tahun kini kembali mengalunkan suara sedapnya dalam sebuah album baru berjudul “For You”.

Klip video single “The Heart Wants What It Wants”, yang menjadi pertaruhan dalam album tersebut juga sangat menarik dengan berkonsepkan hitam putih. Apabila mendengar lagu tersebut, alunan suara Selena yang seakan seperti menahan sedih dan tangis sudah pasti muncul pertanyaan, apakah ia berkaitan dengan rasa kekecewaan Selena terhadap bekas kekasihnya, Justin Bieber? Alunan lembut muzik R&B dan suara Selena yang serak-serak basah itu bakal mencuri halwa telinga, khususnya peminat-peminat setia Selena.

Apakah lagu-lagu yang termuat dalam albumnya ini benar-benar ditujukan buat Justin? Ternyata, semua itu masih belum jelas. Bahkan, teman-teman rapat Selena seperti Taylor Swift, Demi Lovato juga enggan membuka mulut. Namun, apa yang paling mengejutkan ramai pihak seperti yang disingkap menerusi Hollywood Life, Selena tidak ragu-ragu untuk membicarakan tentang kehidupan seksnya secara terbuka menerusi lagu terbarunya “Do It”. Bait-bait lagu tersebut jelas menyingkap saat-saat manis serta kehebatannya sewaktu dia melakukan hubungan seks bersama Justin.Biarpun tidak menyebut namanya, semua orang dapat meneka, lelaki yang dimaksudkan dalam lagu tersebut adalah Justin. Dan sudah pasti, ramai yang menanti-nantikan reaksi bekas kekasih selebriti cantik ini berkenaan perkara ini. So, kita tunggu sahajalah perkembangan terkininya ya.

Biodata Ringkas Selena Gomez

Nama Sebenar : Selena Marie Gomez

Tanggal Lahir : 22 Julai 1992

Tempat Lahir : Grand Prairie, Texas, USA

Zodiak: Cancer

Karier Seni: Mula dikenali setelah berlakon dalam siri Disney “Wizards of Waverly Place” (2007), watak sebagai Alex Russo.

 

Jom tonton klip video single terbaru Salena Gomez ‘The Heart Wants What It Wants' di sini…

<< Ketahui lebih lanjut cerita tentang filem Lelaki Harapan Dunia di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Jenis Alat Senaman Yang Boleh Buat Anda Lebih Sihat & Cergas

Next post

Chris Hemsworth Terpilih Sebagai Lelaki Paling Seksi 2014

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *