ModeStail

Koleksi Tudung Bawal Terkini Pilihan Ramai Muslimah

 Koleksi Tudung Bawal Terkini - Women Online Magazine 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto:  i.ytimg

Koleksi Tudung Bawal Terkini. Tudung bawal adalah gaya yang paling klasik dan basic.

Anda yang berhijab pasti arif tentang gaya bawal ini kerana tudung bawal adalah gaya tudung wajib yang pertama digayakan sebelum mereka berani mencuba gaya lain yang lebih kompleks dan stylish.

Penggayaan tudung bawal tidak akan pernah mengecewakan si pemakai untuk kelihatan manis, ringkas dan ayu.

Berbentuk tiga segi, sama ada berwarna polos kosong atau pun bercorak menarik, tudung bawal ini kebiasaannya menjadi kegemaran remaja dan hijabster yang kreatif menggayakannya. Pin tudung dan jarum peniti akan menjadi aksesori wajib si penggaya tudung bawal.

 

Koleksi Tudung Bawal Terkini - Women Online Magazine 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto: sicomelhijab,4.bp,3.googleusercontent

 

Koleksi Tudung Bawal

1. Tudung Bawal Plain

Tudung bawal plain sangat popular sehingga hari ini. Sangat sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju. Tudung bawal plain ini boleh didapati dengan mudah dan yang paling penting, harganya juga rendah!

 

Baca Juga: Tudung Chiffon

 

2. Tudung Bawal Half Printed

Tudung bawal half printed ini diperkenalkan untuk menambah koleksi terkini tudung bawal. Padanan half printed bersama half plain ini sangat menarik dan sesuai digayakan pada semua majlis.

 

Baca Juga: Tudung Instant

 

3. Tudung Bawal Printed

Sesuai dipadankan bersama baju plain untuk tarikan yang lebih menonjol. Pelbagai pilihan corak dan warna akan membuat anda rambang mata.

 

Harus Tahu!

Penjagaan Tudung Bawal

Tahukah, kain tudung bawal sangat sensitif, tetapi tahan lasak jika kena pada caranya. Teksturnya yang jarang dan nipis membuatkan fabriknya memerlukan penjagaan supaya ia tahan lama.

  • Gunakan kerongsang yang mempunyai pin tajam dan kekuncinya yang kukuh agar tidak mudah jatuh. Pin yang tajam mengelakkan tekstur kain bawal daripada benangnya tertarik keluar.
  • Jangan sekali-kali mencuci tudung bawal  dengan mesin basuh. Lebih-lebih lagi yang mempunyai batu berlian. Selain sulamannya menjadi tidak cantik, ia juga boleh menyebabkan batu-batu berlian yang melekat pada kain tertanggal.
  • Kamu perlu mencucinya hanya menggunakan air yang dicampurkan sedikit sabun pencuci, rendam sekejap dan bolehlah terus membilasnya.
  • Untuk mengeringnya, sidai saja di tempat yang kurang terdedah pada cahaya matahari.
  • Jika tudung bawal kamu mempunyai labuci, kamu boleh menggosoknya dengan menggunakan lapik lain atau menggosoknya dari belakang.

Nota Kaki: SHARE artikel ini, jika anda menyukainya.

<< Ketahui keistimewaan tudung bawal satin yang mampu mengubah penampilan anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

Next post

Mesti Cuba! Resepi Pai Ayam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *