ModeStail

Jenis Dan Rekaan Jubah Kaftan Terkini Buat Anda

Jubah Kaftan - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: i.ytimg

Jubah Kaftan. Jika suatu masa dahulu, apabila menyebut mengenai kaftan, ramai membayangkan baju tidur berpotongan kelawar daripada fabrik batik.

Namun dengan perkembangan fesyen, kaftan melalui evolusi baru dan ditampilkan dalam sentuhan moden yang memikat bermula daripada segi potongan, penggunaan fabrik serta perincian manik sehingga memperlihatkan gaya anggun si pemakai.

Lebih istimewa, kaftan kini diangkat sebagai persalinan eksklusif untuk majlis formal terutama bagi wanita yang ingin tampil sopan dan anggun.Sesuai tidak kira untuk wanita yang bertudung ataupun tidak, fesyen kaftan mampu memberi penampilan elegan dan bergaya. Lebih menarik jika fabrik digunakan daripada jenis mewah dan berkualiti tinggi.

Apa yang lebih menarik, kini kebanyakan pereka semakin kreatif dan bijak mengadunkan rekaan dalam gaya kaftan supaya ia terus menjadi pujaan ramai terutama peminat fesyen.

 

Baca Juga: Jubah Cotton Muslimah

 

Jenis Dan Rekaan Jubah Kaftan

Terdapat pelbagai jenis jubah kaftan daripada fabrik berbeza. Misalnya sifon, kapas, lycra, jersi, linen, sutera dan satin.

Sifon adalah fabrik paling tepat sebagai penyelamat kepada penampilan kerana dengan mutu fabrik yang cantik dan lembut, ia menjadikan wanita tampil anggun sekaligus menyerlahkan keistimewaan wanita.

Bagi wanita bertudung, rekaan jubah kaftan sangat sesuai dengan penampilan muslimah kerana potongannya menutupi hampir semua bahagian tubuh. Namun mereka digalakkan memilih daripada fabrik sifon bukannya lycra kerana lycra membuatkan busana mengikut bentuk tubuh wanita dan kelihatan seksi.

Elakkan menggunakan fabrik bercorak pada jubah kaftan, sebaiknya pilih rona polos yang ditambah perincian manik, batu permata serta jemeki supaya lebih eksklusif dan mewah.

 

Baca Juga: Koleksi Jubah Muslimah

 

Info Extra

Fakta Mengenai Kaftan

  1. Kaftan pada awalnya adalah jaket labuh dengan lengan panjang dan dipakai lelaki. Biasanya memiliki butang pada bahagian depan diperbuat daripada fabrik bulu, sutera dan sering dipakai bersama selempang.
  2. Kaftan berasal dari negara Timur Tengah dengan ciri khas gaun labuh dengan terdapat kain berlebih pada lengan hingga membentuk formasi seperti sayap dan hiasan berpusat pada bahagian dada.
  3. Kaftan pernah menjadi pakaian istana ketika zaman pemerintahan Kesultanan Othman di Istanbul sehingga menjadi hadiah paling berharga ketika perayaan. Malah terdapat perbezaan daripada segi warna, butang, potongan mengikut pangkat dan status seseorang.
  4. Di Asia Tenggara, kaftan batik dihasilkan untuk memberikan rasa ringan dan dingin daripada panas matahari. Motif bunga dan abstrak sangat mempengaruhi potongan kaftan ketika itu.
  5. Di Afrika Barat, kaftan adalah jubah labuh yang dipakai lelaki dan wanita. Ia dipanggil kaftan ‘boubou' dan ‘senegalese'.

 

Nota Kaki: Jika anda suka artikel ini, jangan lupa SHARE ya

<< Ketahui tips tampil menawan dengan fesyen merah jambu di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Jenis Makanan Mampu Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Next post

Tips Nak Kurus Dalam Masa 30 Hari

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *