ModeStail

Tips Memakai Hijab Buat Anda Yang Berbadan Besar

Tips Berhijab - Woman Online Magazine

Kredit : lahona

Anda yang berbadan besar atau memiliki bentuk wajah bulat pasti sering bermasalah dalam berhijab. Jika anda termasuk dalam kategori wanita berbadan besar, jangan risau beberapa tips berhijab yang disediakan ini boleh membantu menyelesaikan masalah anda itu.

Cara memakai hijab atau tudung yang betul dan sesuai akan menyerlahkan lagi penampilan anda walaupun anda berbadan besar! Anda masih boleh kelihatan moden dan trendy asalkan kena dengan gayanya. Sebagai wanita berbadan besar, anda sebenarnya tidak perlu terlalu memaksa untuk bergaya dengan fesyen yang tidak sesuai dengan bentuk tubuh anda. Hasilnya penampilan tersebut pasti tidak serasi dan tidak mustahil, anda akan kelihatan seperti menjadi mangsa fesyen.

Berikut tips berhijab buat anda berbadan besar:

  1. Pakaian

Tips berhijab yang pertama, ada perlu pilih baju yang sesuai dengan usia anda. Perhatikan ukuran atau saiznya. Hindari menggunakan pakaian ketat.Tidak dinafikan pakaian ketat boleh membuatkan anda nampak sedikit kurus ketika berdiri, namun ketika anda duduk keadaan bertukar menjadi sebaliknya. Lipatan-lipatan lemak yang ada di perut dan punggung anda akan jelas kelihatan. Pakaian longgar atau loose lebih disarankan.

  1. Pakai Tali Pinggang

Buat dua bahagian. Anda boleh menyamarkan tubuh gemuk anda dengan membahagi tubuh anda menjadi dua bahagian.Tips berhijab buat anda yang berbadan besar menyarankan anda menggunakan belt atau tali pinggang. Pemakaian tali pinggang akan membuatkan pinggang anda kelihatan lebih ramping dan kemas.

  1. Pilih Blazer Daripada Cardigan

Cardigan akan membuat bahu, punggung dan pinggang yang berlemak kelihatan dengan jelas. Tips berhijab yang seterusnya anda yang berbadan besar, sebaiknya pilihlah blazer kerana ia boleh memberikan efek penampilan yang rapi dan postur tegak. Blazer terdapat lekukan yang fit sehingga lekukan tubuh tidak akan kelihatan.Selain itu, pastikan anda memilih jenis material yang mampu menyerap peluh. Tubuh yang berlemak mudah berpeluh dan berbau.

  1. Tudung & Pakaian Harus Sepadan

Anda perlu bijak mengayakan antara hijab dan pakaian. Anda yang memiliki tubuh badan yang besar, bentuk wajah anda biasanya kelihatan bulat dan tembam. Jadi, anda perlu menghindari memakai hijab yang bermotif terlalu meriah. Begitu juga dengan aksesori yang digayakan. Gunakan aksesori hijab hanya pada bahagian tertentu yang anda inginkan sahaja agar penampilan anda tidak nampak terlalu berlebihan.

Tips berhijab buat anda yang berbadan besar turut menitikberatkan soal pemilihan warna hijab. Pastikan ia sesuai dengan warna kulit anda. Kombinasi inner dan tudung juga boleh memberikan efek tertentu, terutama apabila anda memilih warna gelap dan terang. Pilih material ringan dan jatuh, kerana material yang tebal dan berat akan menimbulkan efek gemuk di leher dan muka.

<< Semak koleksi tudung bawal terkini di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Penyamun Fertiliti : Sumpahan Fibroid…

Next post

6 Jenis Makanan Penyebab Jerawat Banyak Tumbuh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *