ModeStail

5 Fesyen Hijab Muslimah Terbaik Raya

 

Kredit Foto: hipwee , bp , 3.bp , poplook , alzahirah , joss

Fesyen Hijab. Bagi Muslimah yang mengenakan hijab sudah pasti ingin tampil cantik dan berbeza, namun tetap sopan.Kini fesyen hijab semakin hari semakin berkembang pesat.

Kebanyakan fesyen hijab menampilkan kecantikan Muslimah, wanita muslim dalam balutan busana dan hijab. Fesyen hijab hari ini merangkumi rangkaian warna, corak atau motif yang sedang beredar dan berkembang.

 

Berikut beberapa fesyen hijab yang mungkin sesuai digayakan oleh anda pada Hari Raya nanti.

 

fesyen hijab 1 - woman online magazine

  1. Berenda

Pemilihan renda yang cantik dan warna yang sesuai memberikan anda efek cantik yang tersendiri. Pemilihan warna pastel untuk fesyen hijab berenda ini akan memberikan gaya feminin dan manis! Jangan lupa untuk selalu mix and match gaya anda agar tidak ‘monotone’. Selain memberikna efek manis dan feminine menerusi fesyen hijab berenda, ia juga turut memberikan kesan elegan kepada si pemakainya.

 

 

 

fesyen hijab 2 - woman online magazine

  1. Motif Bunga

Penampilan anda pasti lebih cerah dan ceria dengan fesyen hijab bermotifkan bunga atau floral ini. Tapi pastikan, anda tidak mengenakan jubah atau dress yang bermotif sama sepenuhnya dengan hijab motif bunga, bukan apa takut nanti anda disangkakan kebun sedang bergerak!

 

 

 

fesyen hijab 5 - woman online magazine

  1. Bermain Dengan Warna-Warna Pastel

Warna-warna lembut seperti warna pastel terus diminati. Ini adalah kerana warna-warna lembut sebegini mampu memberikan kesan manis dan menenangkan. Fesyen hijab dengan warna-warna pastel ini akan membuatkan penampilan anda lebih girly.

 

 

fesyen hijab 4 - woman online magazine

  1. Corak Etnik Unik

Penggunaan fesyen hijab bermotifkan gaya etnik memberikan keunikannya sendiri. Tak kiralah, tribal ataupun batik. Fesyen hijab atau penggunaan hijab bermotif tribal perlu disesuaikan dengan pakaian yang bermotif polos, namun dengan warna yang sama dengan warna dominan pada hijab bermotif tersebut.Supaya tidak nampak terlalu simple, gunakan fashion item seperti kalung berukuran kecil atau sederhana yang bernuansa etnik juga.

 

 

fesyen hijab 3 - woman online magazine

  1. Motif Garis

Motif garis mampu membuatkan penampilan anda nampak berbeza. Pemilihan bahan bergaris membuat penampilan lebih dinamik, trendy dan stylish. Jika anda mahu menggunakan fesyen hijab motif bergaris ini, anda boleh mengenakan jubah polos dengan beberapa layer di bawahnya.

Atau anda boleh juga menggayakan jubah dengan warna yang dominan pada motif garis di hijab yang anda pakai. Tetapi jangan pakai terlalu banyak garis kerana ia boleh membuatkan penampilan anda nampak berserabut.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara memakai selendang panjang di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenapa Perlu Amalkan Diet Seimbang?

Next post

Atasi Tekanan Darah Rendah Dengan Makanan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *