DekoStail

Cara Jimat Tanam Rumput Karpet Di Laman Rumah

 Cara Tanam Rumput Karpet - Women Online Magazine

Kredit Foto: gaby.fachrul.com

Cara Tanam Rumput Karpet.Sebut sahaja tentang rumput karpet, pasti anda akan membayangkan halaman rumah terhias cantik dengan kekemasan rumput karpet.

Tak kurang juga ada yang sanggup mengupah kontraktor untuk menghias halaman rumah mereka dengan rumput karpet yang kosnya kira-kira RM3000 – RM4000. Di sini, WOM.my ingin berkongsi cara mudah untuk menanam rumput karpet tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar.

Rumput karpet mudah didapati di nursery bunga. Bagi yang tinggal di Selangor, rumput karpet amat mudah didapati di sekitar Sg Buloh.Harganya boleh tahan dan lebih jimat!

 

Baca Juga: Cara Tanam Orkid

 

Jenis-Jenis Rumput Karpet

  • Rumput Karpet Taiwan

Jarang ditemui di Malaysia. Ramai berpendapat bahawa rumput karpet jenis ini tidak sesuai ditanam di negara kita. Mungkin ia disebabkan oleh factor cuaca dan iklim di sini.

  • Rumput Karpet Jepun

Rumput karpet ini halus dan lebat serta jenis ini antara yang terbaik. Tetapi jika dibandingkan dengan rumput karpet yang lain, harga ia lebih mahal. Penjagaannya juga agak cerewet di mana rumput ini memerlukan penjagaan yang rapi.

  • Rumput Karpet Philippines

Rumput karpet jenis ini adalah yang paling popular. Strukturnya tidaklah sesebaik rumput karpet jepun, tetapi masih sesuai untuk ditanam di halaman rumah anda. Lebih mudah dijaga, dan yang paling penting ia lebih murah! Harganya juga lebih murah berbanding rumput karpet Jepun

 

Baca Juga: Cara Tanam Tomato

 

Cara Menanam Rumput Karpet

  1. Sebelum menanam rumput anda perlu sediakan beberapa peralatan yang sesuai untuk menanam rumput seperti cangkul, pongkes dan perkakas lain.
  2. Bila semua peralatan telah disediakan, anda perlu membuang rumput lama serta saki baki bahan binaan yang biasanya dibuang oleh pekerja kontraktor binaan. Paling penting, akar rumput lama perlu dibuang habis bagi mengelakkan rumput lama dan pokok liar tumbuh kembali.
  3. Setelah siap, anda ratakan tanah serata-ratanya dan letakkan pasir halus bagi menutup lapisan tanah tadi. Fungsi pasir adalah untuk meratakan semula permukaan tanah dan ia juga bagus untuk akar baru.Seeloknya anda menyembur sedikit racun rumpai yang dicampur sedikit serbuk racun benih cambah bagi menghalang rumput lama atau pokok liar tumbuh kembali.

 

Baca Juga: Cara Tanam Cili Dalam Pasu

 

  1. Seterusnya letakkan kepingan rumput yang hendak ditanam mengikut saiz yang bersesuian. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh membeli kepingan rumput yang lebih besar. Namun begitu, bagi anda yang kekurangan bajet, anda boleh potong kecil rumput tadi dan tanam dalam jarak tiga kaki setiap rumput ditanam.
  2. Setelah selesai, taburkan baja dan siram air secukupnya. Rumput perlu dibaja bagi kelihatan segar dan hijau. Siram rumput baru itu dua kali sehari.

Akhir sekali, dua minggu sekali rumput tadi perlu dibaja bagi kelihatan segar. Anda juga perlu luangkan sedikit masa untuk menyiram rumput.

 

<< Baca trik buat bilik mandi sempat nampak luas di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

14 Khasiat Berguna Mentimun

Next post

Petua Cantik Semulajadi Artis Hollywod

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. February 2, 2018 at 1:44 am — Reply

    tq atas info. nak guna khidmat nursery memang mahal melampau!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *