ModeStail

Cara Pakai Selendang Panjang Yang Ringkas & Cantik

cara pakai selendang - woman online magazine

Kredit : famsf

Biarpun anda memakai atau mengenakan hijab, ia tidak bermakna anda tidak boleh tampil lebih cantik dan menarik.Apatah lagi, sekarang ini dah banyak tutorial cara pakai selendang atau tudung yang boleh anda tiru sehingga anda boleh tampil lebih moden dan penuh gaya.

Perkembangan fesyen tudung atau selendang terus berkembang, saban hari ada sahaja rekaan baru yang muncul. Secara tak langsung dengan mudah anda boleh memilih rekaan tudung atau selendang yang sesuai dengan bentuk wajah dan warna kulit anda.Jika anda mempunyai bentuk wajah bulat, jadi anda perlu mencuba rekaan tudung untuk muka bulat agar wajah bulat anda tidak kelihatan tembam. Sebenarnya memakai selendang tidak susah, asalkan anda tahu cara pakai seledang yang betul. Jom, cuba cara pakai selendang panjang yang ringkas dan cantik ini.

  1. Sediakan selendang panjang atau tudung pashmina, jarum peniti dan inner.
  2. Pakai inner ninja terlebih dahulu. Pastikan anda memakainya dengan kemas dan tidak ada sehelaipun rambut atau anak-anak rambut yang terkeluar.
  3. Kemudian ambil selendang pajang dan rapikan kedua-dua belah sisinya.
  4. Setelah itu, pakai selendang dengan sisi sebelah kanan lebih panjang kedudukannya daripada sebelah kiri atau sebaliknya.
  5. Kemudian, lebarkan bahagian sebelah kanan(panjang) dan angkat ke atas kepala, yang mana ia akan kelihatan seperti lapisan kedua tudung anda, lalu sematkan dengan jarum peniti.
  6. Ambil sisi terdalam bahagian hujung selendang yang lebih panjang. Bentangkan melebar dan belitkan di bahu sampai ke pinggang.
  7. Setelah itu, ambil hujungnya kemudian sematkan di atas bahu kanan.
  8. Siap! Mudah, kan?

<< Ketahui tips bergaya jika anda memiliki punggung besar atau lebar di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Cupcake Coklat

Next post

Ketahui Cara Untuk Meredakan Rasa Gatal Kulit Kepala

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *