Buzzz

Dokumentari Drama Hebat “Raising Asia”

Lifetime Raising Asia - Women Online Magazine

Raising Asia, merupakan siri baharu dan bakal bersiaran perdana untuk episode pertamanya pada 17 Januari ini.Siri dokumentari ini disiarkan setiap Sabtu pada jam 6 petang di saluran Astro 709.

Dokumentari ini mengisahkan cerita tentang penari sensasi YouTube berusia 8 tahun bernama Asia dan pengurusnya yang juga ibunya Kristy Ray.Kedua-duanya menjadi terkenal melalui siri “Abby's Ultimate Competition” dan “Dance Moms”. Seterusnya ke persembahan dan gig professional.

Di sepanjang perjalanan mereka menuju puncak kemasyhuran terlalu banyak ranjau duri yang terpaksa ditempuhi, termasuklah saat bermesyuarat dengan para pengurus. Asia kerap menjelajah ke seluruh negara dan Kristy, selaku “Momager’ anaknya itu tidak pernah berputus asa untuk menaikkan nama Asia sebagai ‘bintang pelarian’.

Jangan lupa tonton dokumentari hebat daripada Lifetime(Saluran Astro 709) ini ya. Moga-moga boleh menjadi inspirasi buat kita dalam mengejar impian!

<< Ketahui lebih lanjut kisah Chris Hemsworth Terpilih Sebagai Lelaki Paling Seksi 2014 di sini.
 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Panduan Selamat Mengurut Ibu Mengandung

Next post

Ella Kembali Melepas Rindu Dengan Album #THROWBACK

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *