Disney Merubah Selebriti Asia Tenggara Kepada Ikon Disney Princess. Antaranya Marsha & Daiyan
The Walt Disney Company Southeast Asia (TWDC SEA) telah menugaskan Michael Chevas, jurugambar imaginatif yang terkemuka dari Thailand, untuk merubah sembilan selebriti dari seluruh Asia Tenggara menjadi ikon Disney Princess (Puteri Disney) sebagai sebahagian dari sesi fotografi kalendar Disney Princess 2015.
Bersama tiga lagi model terpilih, 12 wanita ini menjadi lambang hikayat Disney Princess. Selebriti pilihan dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand yang menggayakan konsep baharu tetapi masih mengekalkan ciri-ciri klasik Disney Princess telah berjaya menghayati watak wiranita anggun yang disukai ramai terutamanya menggalakkan gadis-gadis untuk mencapai potensi diri mereka.Berbekalkan warisan penceritaan yang tiada tandingan dan watak kesayangan ramai, setiap Disney Princess melambangkan kualiti inspirasi unik seperti Baik Hati, Kekuatan, Kasih Sayang, Kesetiaan dan Keberanian.
Sembilan selebriti terpilih ialah personaliti yang menunjukkan sifat positif dan menjadi inspirasi terbaik kepada kanak-kanak untuk mengetahui bahawa kecantikan yang sebenar datang dari sifat dalaman seperti hati yang baik, pemurah dan penyayang. Selebriti ini ialah:
Indonesia
- Sandra Dewi sebagai ‘Cinderella’
Malaysia
- Daiyan Trisha sebagai ‘Snow White’
- Marsha Milan sebagai ‘Elsa’
Filipina
- Kim Chiu sebagai ‘Mulan’
- Sarah Geronimo sebagai ‘Rapunzel’
Thailand
- Best sebagai ‘Jasmine’
- Gam sebagai ‘Maleficent’
- Proud sebagai ‘Ariel’
- WaWa sebagai ‘Belle’
Pemilihan Marsha dan Daiyan dalam kalendar Disney Princess 2015, bersama selebriti Asia Tenggara yang lain adalah sesuatu membanggakan. Tuah tersebut bermula setelah Marsha terpilih sebagai penyanyi lagu tema filem Frozen versi Bahasa Melayu – “Let It Go’ atau ‘Bebaskan’ sekitar tahun 2013 dahulu. Tahniah buat Marsha dan Daiyan, sedikit sebanyak telah mengharumkan nama negara di persada seni antrabangsa.
<< Anda peminat setia Ella, Ratu Rock Malaysia? Ketahui ceritanya di sini.
No Comment