Buzzz

Akim & The Magistrate “Mewangi”, Fazura Pula “Sayangi Dirimu”

Artis Malaysia - Women Online Magazine

Jika anda peminat setia Akim, sudah pasti mengenali mengenali lagu ‘Mewangi’ yang dinyanyikan oleh Akim & The Magistrate. Lagu tersebut juga telah memenangi “Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu” di Anugerah Industri Muzik Ke 21 (AIM 21) baru-baru ini.

Lagu ‘Mewangi’ yang telah dilancarkan beberapa bulan lalu ternyata mendapat sambutan yang hebat oleh orang ramai. Lebih-lebih lagi oleh peminat Akim sendiri. Ini terbukti apabila lagu tersebut telah menduduki di 5 tangga teratas di ‘Carta Lagu Top ‘di iTunes selama sebulan. Walaupun lagu ini boleh dikatakan masih baru, namun ia mempunyai karakter yang tersendiri dan sesuai dengan suara Akim yang kedengaran sedikit serak basah.

Manakala selebriti cantik bernama Fazura yang juga merupakan selebriti pertama yang mempunyai program realiti TV sendiri melalui saluran E! ini pula muncul dengan single terbaru.Single sulung Fazura yang bertajuk ‘Sayangi Dirimu’ juga telah menduduki di tangga ke-4 di Carta Lagu Top sebaik sahaja ia dilancarkan di iTunes. Walaupun ini merupakan single sulung oleh Fazura, namun ia telah mendapat sambutan yang hangat oleh para peminatnya.

Ternyata lagu ciptaan Damian Mikhail dan lirik oleh Shah Shamshiri ini mampu memberi satu impak yang luar biasa kepada Fazura yang mula mengembangkan bakatnya dari bidang lakonan ke bidang nyanyian.Semoga dengan hadirnya single terbaru ini mampu membawa nama Fazura ke satu persada yang lebih jauh.

Foto: Terima Kasih Warner Music Malaysia

<< Ketahui cerita sensasi Selena Gomez yang muncul dengan album terbarunya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

SK-II Perkenalkan Penjagaan Mata Generasi Baru Dengan Kuasa Magnetik

Next post

Semak Dua Resepi Istimewa Dengan Khasiat Kacang Buncis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *