BuzzzStail

‘Bukan Hal Aku’ Jadi Taruhan Kaka Azraff ft. SleeQ

Kaka Azraf - Women Online Magazine 1

Foto: Terima Kasih Warner Music

Tempoh empat tahun berjalan di laluan seni tanah air, Nor Atiqa Noor Azraff atau nama pentasnya Kaka Azraff dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri.Satu demi satu singlenya bermula dengan ‘Bawaku Pergi’ pada tahun 2012, ‘Infiniti Cinta’ (2013) dan ‘Terpulanglah’ (2014) berhasil menjadi siulan dan melekat di halwa telinga peminat.

Demi terus mengekspresikan cintanya yang mendalam terhadap dunia nyanyian, kini Kaka mempersembahkan buah tangan baharu kepada peminat dengan lagu yang berjudul, ‘Bukan Hal Aku’.Single ‘Bukan Hal Aku’ yang merupakan ilham sepenuhnya oleh The GoodFellas ini menjadi lebih istimewa apabila memperdengarkan dan memperlihatkan vokal bertenaga Kaka dan pada waktu yang sama, turut mengadun vokal Alif dan Syarif dari SleeQ bagi melengkapi keindahan lagu ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai single baharunya, wanita berusia 26 tahun itu berkata, beliau cukup teruja dapat mendendangkan lagu ‘Bukan Hal Aku’ yang diyakini mempunyai aura yang tersendiri untuk diangkat sebagai single baharunya pada tahun ini.

“Pertama kali mendengar lagu ini, saya terus jatuh hati ibarat cinta pandang pertama. Saya sangat menyukai melodi dan liriknya yang kedengaran santai, namun ia memperdengarkan impak berbeza daripada tiga buah single saya sebelum ini. Sejak itu, saya terus memberitahu kepada pihak pengurusan, Uprising Entertainment Sdn. Bhd. untuk menjadikan lagu ini sebagai hadiah terbaharu saya kepada peminat.

“Saya rasa lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya. Bayangkan, saya tidak mengambil waktu yang panjang untuk merekodkan lagu ini. Dianggar hanya beberapa jam sahaja sesi rakaman dijalankan kerana saya sudah melakukan persediaan awal sebelum memasuki studio,” ujar Kaka yang turut berkongsi perkhabaran gembira dengan perlantikan diri sebagai Red Ribbon Celebrity Supporter untuk Malaysian AIDS Council baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut tentang single ini, Kaka memberitahu, ‘Bukan Hal Aku’ tidak terarah kepada sebuah naskhah ordinari yang biasa didengari oleh khalayak sebelum ini. Ia sebaliknya didatangkan dalam pakej yang dapat menyuntik aspirasi buat golongan wanita untuk kekal bersemangat dalam menjalani setiap situasi yang hadir dalam kehidupan masing-masing.

‘Bukan Hal Aku’ turut menampilkan video muzik yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar. Sesi penggambaran video muzik ini telah dijalankan pada 14 Februari lalu yang berlatarkan sebuah studio di Sunway Damansara dengan bantuan seramai 10 krew produksi. Ia turut menampilkan kemunculan khas oleh SleeQ dan kawan baik Kaka yang merupakan aktres, model dan hos popular, Juliana Evans.

Di samping itu, Kaka juga bakal mengeluarkan album dengan empat buah lagu baru termasuklah ‘Bukan Hal Aku’ dan baki tiga buah lagu terdahulu iaitu ‘Bawaku Pergi’, ‘Infiniti Cinta’ dan ‘Terpulanglah’.Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Kaka turut berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Beliau kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri, ‘Dunia Generasi Baru’ dan telah melibatkan diri dalam filem ‘7 Dimensi Aliff’. Wajah Kaka juga boleh dilihat di kaca TV menerusi iklan komersial InnerShine untuk kempen InnerShine Pati Prun (12 Days Challenge).

Kaka Azraf - Women Online Magazine 2Kaka Azraf - Women Online Magazine 2

Lirik Bukan Hal Aku – Kaka Azraff ft. SleeQ

Verse 1

Ingat

Ku berani bersendiri

Ingat

Sebelum ni, ku gembira

Ingat,

Ku telah beri yang terbaik,

Kalau itu bukan terbaik

Sua X2

Pre Chorus

Biarku jalan dulu

Puasku tunggu X2

Biarku jalan dulu

Lu lambat macam mana

Itu bukan hal aku X3

Chorus

Biarku jalan dulu

Puas aku tunggu X2

Lu lambat macam mana

Itu bukan hal aku X2

Verse 2

Ingat

Masa engkau yang susah

Ingat

Ku tak setuju buta buta

Ingat

Ku telah beri yang terbaik,

Kalau itu juga bukan terbaik

Pre Chorus

Chorus

Rap

Setuju ke tak setuju, tak kisah

Kerja keras, akhirnya bebas

Gempak

Hidup ini terlalu pendek,

Jadi walaupun air kolam cetek,

Tetap semua basah

Lari, lari, lari

Macam Aaron dalam movie

Macam Gods Must Be Crazy,

Macam macam boleh jadi

Gua tunggu, luar gua

Hutan tebal, warna hijau

Kaca mata, lawan silau

M Daud Kilau

Pre Chorus

Chorus

Outro

Teruskan perjalananmu

Tiada yang bisa melarangmu

Puas kau tunggu

Lebih puas diriku tanpamu

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali Ciri-Ciri Penyakit Amnesia Dan Penyebab Sebenarnya

Next post

Resepi Kuah Rojak Buah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *