BuzzzStail

Aziz Harun Popular Di Malaysia Kerana Lagu “Senyum”

Aziz Harun yang berasal dari Brunei ini merupakan nama baru yang mula mendapat perhatian dengan single terbaru beliau yang bertajuk “Senyum”. Baru sahaja berumur 16 tahun, namun dia mampu untuk menarik perhatian Faizal Tahir dan juga Mike Chan untuk menghasilkan lagu “Senyum” ini.

Aziz Harun sudah menceburi di dalam bidang seni seawal umurnya 3 tahun dan mula terlibat secara aktif dalam industri muzik ketika menyertai ‘Bintang Kecil’ pada tahun 2009 dan telah menjuarai pertandingan tersebut. Kejayaannya tidak terhenti di situ sahaja, ini kerana pada tahun 2010, Aziz Harun telah melancarkan single pertamanya yang berjudul ‘Peace and Harmony’. Pada tahun 2012 pula, dia telah dijemput untuk ke Bandung, Indonesia dan menjadi salah seorang artis yang membuat persembahan di 4th Marketplace Creative Arts.

Single keduanya yang bertajuk ‘Never Gonna Stop’ pula telah dilancarkan pada Mei 2013 dan pada tahun ini, Aziz Harun sekali lagi menyajikan para peminat beliau dengan single baru iaitu “Senyum”. Lagu yang dihasilkan oleh Faizal Tahir dan Mike Chan ini baru sahaja dilancarkan sebulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong corong radio.

Selain dari itu, muzik video “Senyum” baru sahaja dimuat naik di YouTube pada 14 Januari yang lalu dan telah mendapat lebih dari 10 ribu tontonan dalam masa 2 hari sahaja. Lagu yang mempunyai rentak yang segar ini dipercayai boleh menjadi pengenalan yang baik untuk Aziz Harun.

“Senyum – Aziz Harun” merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, Deezer, KKBOX, dan juga Spotify.

Ini merupakan pautan untuk muzik video “Senyum”


<< Ketahui lebih lanjut tentang Akim & The Magistrate “Mewangi”, Fazura Pula “Sayangi Dirimu” di sini.

Previous post

Cik, Berapa Umur Anda? Lagi Lambat, Lagi Sukar Dapat Anak!

Next post

Antara Khasiat Daun Sup, Mampu Tingkatkan Keinginan Seks

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *