Petua PemakananSihatSihat Cantik

4 Sebab Susu Kambing Bahaya Untuk Bayi Anda

susu kambing bayi - women online magazine

Kredit Foto: jakartakita

Susu Kambing Untuk Bayi. Air susu ibu masih menjadi makanan terbaik untuk bayi. Namun, ramai yang percaya bahawa susu kambing baik untuk bayi.

Sungguhpun begitu, khasiat susu ibu tiada tandingannya. Susu ibu merupakan makanan paling lengkap bagi tumbesaran bayi kerana ia mempunyai antibodi semulajadi daripada ibu. Ia bertindak melindungi bayi daripada jangkitan penyakit dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan sebelum sistem imunisasi bayi menjadi matang dan mampu menghasilkan antibodi sendiri.

Susu kambing mempunyai banyak khasiat kepada orang dewasa tetapi tidak disyorkan untuk bayi. Jika anda tetap memilih untuk memberikan susu kambing untuk bayi anda, sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Pastikan juga susu kambing tersebut benar-benar sesuai diberikan kepada bayi anda.

Susu Kambing Tidak Sesuai Diberikan Kepada Bayi Kerana:

1. Susu kambing mempunyai kandungan sodium atau garam yang tinggi

Penyingkiran garam dalam tubuh bergantung kepada kematangan ginjal untuk menyingkirkan garam ke dalam air kencing.Kematangan ini hanya terjadi apabila bayi mencecah umur dua tahun. Kandungan garam tinggi yang berlebihan adalah sangat merbahaya kepada otak dan sistem saraf bayi.

 

2. Susu kambing mempunyai kandungan folate yang rendah

Folate amat diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sempurna. Kekurangan folate akan menyebabkan sel darah merah tidak terbahagi dengan sempurna dan menjadi besar. Saiz yang besar adalah tidak efektif untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dan lebih cenderung dimusnahkan oleh organ limpa.

Lantas bayi akan mengalami anemia iaitu kurang sel darah merah yang boleh membantutkan perkembangan fizikal dan otak  berbanding kadar normal. Sekiranya bayi ini hanya mendapatkan susu kambing di awal kehidupan, mereka harus diberikan folate sebagai supplemen tambahan.

 

3. Bayi yang alah kepada susu lembu juga mengalami kesan yang sama terhadap susu kambing

Walaupun ramai yang mendakwa susu kambing kurang mendatangkan kesan alahan boleh dijadikan alternatif kepada bayi yang alah kepada susu lembu. Tetapi ternyata anda silap. Ia boleh menyebabkan pendarahan usus. Oleh itu, rujuklah kepada doktor anda sebelum anda meneruskan niat  untuk memberikan susu kambing kepada bayi anda.

 

4. Bayi cenderung mendapat jangkitan brucellosis daripada kambing yang dijangkiti penyakit ini

Penyakit brucellosis boleh menyebabkan jangkitan dan kegagalan pelbagai organ dalaman termasuk hati, otak, mata dan sebagainya. Antara tanda- tanda awal ialah demam panas, peluh berlebihan dan lenguh seluruh badan. Justeru, bayi  haruslah diberikan susu kambing yang telah diproses atau dididihkan terlebih dahulu.

 

Khasiat susu kambing untuk bayi 2 tahun ke atas dan orang dewasa;

  • Minuman yang hampir sama dengan susu ibu
  • Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan dua jam
  • Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu

Mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti:- 

  • Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin

Baca Juga: Kesuburan Lelaki

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali bukan asidik
  • Meningkatkan daya kepekaan,penumpuan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu melancarkan permasalahan usus
    Menguatkan jisim tubuh yang sihat  terutama tulang dan gigi
  • Awet muda

 

<< Ketahui kebaikan ikan sardin untuk kesihatan dan juga kecantikan di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Khasiat Bawang Merah

Next post

Semak, 4 Ciri Kawan Makan Kawan.Adakah Anda Tersenarai?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *