Selera

Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Hainan - woman online magazine

Kredit : chaosnet3

Anda penggemar daging ayam? Pernah Makan Atau Mencuba Resepi Nasi Ayam Hainan?

Bagi yang pernah memakan Nasi Ayam Hainan, tetapi mahu mencuba sendiri membuatnya, semak Resepi Nasi Ayam Hainan yang disediakan oleh Chef WOM.my ini.Ayam Hainan merupakan masakan olahan daging ayam yang berasal dari masyarakat Hainan di China. Jadi, sebab itulah namanya Ayam Hainan. Nasi Ayam Hainan bukan sahaja popular di Malaysia, bahkan di beberapa buah negara di Asia Tenggara lainnya.

Berikut Resepi Nasi Ayam Hainan.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

4 ketul paha ayam

Sedikit halia, dikisar halus

2 sudu makan minyak bijan

3 sudu makan kicap ikan

½ serbuk merica

dua batang daun bawang (dihiris)

Sedikit garam

Sedikit mentimun dan tomato untuk hiasan.

 

Bahan Untuk Nasi:

Sedikit halia, dikisar halus

800 gram beras

5 ulas bawang putih, dikisar halus

2 kiub ayam

2 sudu makan kicap ikan

2 sudu makan minyak bijan

1 sudu teh garam

 

Cara Membuatnya:

  1. Tusuk daging ayam dengan hujung pisau yang tajam.
  2. Lumur ayam dengan kicap ikan dan halia yang sudah dikisar halus.
  3. Kemudian rebus ayam dalam air mendidih.Tambahkan kicap ikan, serbuk merica dan garam.
  4. Masak dengan api yang kecil sehingga daging ayam tersebut empuk.
  5. Tambahkan daun bawang.Angkat dan celup ayam dalam ais batu. Angkat dan toskan.
  6. Kemudian, lumur ayam dengan kicap ikan dan minyak bijan.

 

Untuk Nasi:

  1. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih sehingga berbau harum.
  2. Kemudian masukkan beras, kacau rata.
  3. Tambahkan kiub ayam,kicap ikan, minyak bijan dan garam.
  4. Masak dengan api yang kecil sehingga menjadi adunan.
  5. Kukus adunan tersebut sehingga masak.Angkat.
  6. Hidangkan nasi tersebut bersama ayam Hainan serta hirisan mentimun dan tomato.

 

Bahan Untuk Sup Ayam Hainan:

3 bawang putih, diketuk-ketuk

2 batang daun bawang

1/2 sudu teh serbuk merica

2 cm halia

1 sudu teh gula pasir

1 kiub ayam

Garam secukupnya

* Didihkan ke semua bahan menjadi satu dan biarkan sehingga masak.

 

Bahan Untuk Sambal Nasi Ayam Hainan

7 biji lada besar (merah)

5 biji cili padi

2 cm halia

3 ulas bawang putih

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

2 sudu teh cuka

 

Cara Membuat Sambal Nasi Ayam Hainan

  • Rebus lada besar dan cili padi. Kemudian kisar.
  • Sementara itu, tumis bawang putih dan halia.
  • Kemudian masukkan lada besar dan cili padi yang telah dikisar halus tadi.

<< Dapatkan resepi kek tiramisu di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Cuba! 4 Cara Menghilangkan Daki Di Badan

Next post

Dugro ® Lancarkan Kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi’ Bersama Chef Anis Nabilah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *