Selera

Resepi Mee Hailam Sedap

mee hailam - woman online magazine

Kredit : resepibonda

Pernah cuba buat Mee Hailam? Bagi anda yang pernah membuatnya sudah pasti tahu keenakan Mee Hailam ini. Nikmat kuahnya, boleh buat anda sampai menjilat mangkuk!

Anda yang belum pernah mencuba resepi Mee Hailam, harus membuatnya. Resepi yang disediakan oleh Chef WOM.my ini pun sangat simple. Okay, selamat mencuba!

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat Mee Hailam:

I peket mee kuning- basuh dan tos kan.

6 biji bawang putih (diketuk)

Bahan-bahan perencah – ayam/udang/sotong

1 sudu cili kering kisar

Sos tiram secukupnya

10 biji cili api

Sayur-sayuran (kobis, lobak merah,sawi,baby corn, tomato)

1 sudu kecil lada sulah.

1 kuib ayam

Sedikit kicap manis.

3 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam setengah cawan air sejuk)

Cara Memasak Mee Hailam :

  1. Tumiskan bawang putih dan cili kering kisar .
  2. Setelah garing atau pecah minyak, masukan bahan-bahan perencah seperti ayam, sotong dan udang.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap manis mengikut kepekatan yang digemari.
  5. Kemudian masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  6. Masukkan lada sulah dan kiub ayam. Biarkan ia mendidih.
  7. Setelah itu, masukkan sayur-sayuran.
  8. Masukkan mee kuning dan gaul sebati.
  9. Didihkan seketika. Jika suka kuah banyak, lebihkan air.
  10. Cuba rasa, jika cukup semua rasanya bolehlah tutup api dan segera di hidangkan.

<< Dapatkan resepi membuat bihun Singapore di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cegah Rambut Botak Dengan Cara Semulajadi

Next post

Treadmill Berguna Untuk Hilangkan Lemak Di Perut, Paha Dan Lengan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *