Selera

Resepi Makaroni Cheese

resepi makaroni cheese - woman online magazine

Kredit : pikachakula

Mungkin Makaroni Cheese, sejenis makanan yang berasal dari Itali ini merupakan salah satu makanan favorite anak anda.

Kenyalnya pasta yang dibalut dengan keju cukup nikmat memanjakan lidah.Jadi, tidak ada salahnya jika anda membuat sendiri diri rumah. Percayalah, anak-anak pasti menyukainya kerana Resepi Makaroni Cheese yang disediakan oleh Chef Wom.my benar-benar menambat selera mereka. Ok, selamat mencuba!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Makaroni Cheese

400 gram macaroni

3 cawan susu Full Cream

11-19 keping keju Cheddar

12 keping biskut Ritz keju

Garam,serbuk lada hitam dan serbuk paprika (mengikut selera)

Cara Membuatnya:

  1. Masak makaroni dan toskan, biarkan sejuk seketika.
  2. Sementara itu, panaskan ketuhar sehingga 350 darjah Celsius.
  3. Sapukan loyang dengan mentega, kemudian masukkan makaroni yang telah masak tadi ke dalam loyang tersebut.
  4. Setelah itu, buatlah lapisan-lapisan makaroni dengan keju. Selang selikan ia.
  5. Sementara itu, hancurkan biskut Ritz keju dalam sarung plastik. Kemudian tambahkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk paprika. Gaul sehingga rata.
  6. Kemudian, taburkannya di atas laisan pasta dan keju tersebut.
  7. Bakar selama 20-40 minit.
  8. Okay dah siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba!

<< Dapatkan resepi kuih buah rotan di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ada Sebab Mengapa Anda Perlu Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Kahwin

Next post

Makanan Tinggi Kalsium Penting Buat Tubuh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *