Selera

Resepi Kuah Rojak Buah

Resepi Kuah Rojak - Women Online Magazine

Foto: 3.bp

Sebut sahaja rojak buah, pasti anda membayangkan kuah rojaknya yang lazat. Terus kecur air liur. Namun, untuk mendapatkan kuah rojak yang sempurna dengan rasa pedas dan manisnya itu sangat sukar.

Kuah rojak banyak dijual tetapi biasanya rasanya tidaklah “wow” yang seperti kita harapkan. Apa kata anda sendiri membuat kuah rojak? Pastinya ia kena dengan citarasa anda!

Resepi Kuah Rojak

Bahan-bahan:

  • 200 ml kicap lemak masin
  • 300 g gula melaka
  • Gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar (dihancurkan)
  • ½ botol kecil sos cili
  • 1 cawan cili kering (dikisar)
  • Bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125 g tepung ubi (dibancuh dengan air)

Cara Memasak:

  • Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung di dalam periuk. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. Pastikan rasanya sesuai dengan citarasa anda.
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul).
  • Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
  • Akhir sekali barulah masukkan bijan. Gaul hingga rata.
  • Tutupkan api dan biar hingga sejuk.

<< Jom cuba, Resepi Nasi Arab yang cukup lazak di sini.

Previous post

‘Bukan Hal Aku’ Jadi Taruhan Kaka Azraff ft. SleeQ

Next post

Nak Nampak Muda? Jom Facial Massage Sendiri Di Rumah. Mudah, Murah & Tetap Efektif!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *