Selera

Resepi Cupcake Vanilla

Resepi Cupcake - woman online magazine

Kredit Foto : gimmesomeoven

Resepi Cupcake Vanilla ini boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. Bahkan Cupcake Vanilla ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja yang menyukainya.

Selain menjadi kegemaran kanak-kanak,cupcake vanilla juga disukai ramai kerana memiliki citarasa yang manis dan bertekstur yang sangat lembut. Tak rugi jika anda mencuba Resepi Cupcake Vanilla ini.

Cupcake Vanilla biasanya diberikan hiasan dengan pelbagai jenis topping yang sangat menarik dan cantik sehingga ramai yang menggemarinya. Cara menyediakannya juga sangat mudah dan anda boleh mencuba Resepi Vanilla ini sendiri di rumah. Selamat mencuba Resepi Cupcake Vanilla yang chef Wom.my sediakan ini.

 

Resepi Cupcake Vanilla

Bahan-bahan yang diperlukan:

200 gram tepung gandum

250 gram gula pasir

2 biji telur

½ sudu teh esen vanilla

125 gram mentega

1 sudu teh baking powder

150 ml susu cair

 

Dapatkan juga: Resepi Cupcakes Coklat

 

Cara membuatnya:

  1. Campurkan gula,mentega dan esen vanilla, gaul sebati.
  2. Kemudian pukul sampai kembang.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sampai rata dan mengembang.
  4. Tambahkan susu cair dan juga tepung sedikit demi sedikit secara bergantian. Kacau-kacau kembali sehingga rata.
  5. Siapkan loyang cupcake yang sudah dialasi dengan paper cup, kemudian tuang adunan cupcake tadi ke dalam loyang cupcake (pastikan anda meletak teralu banyak 2/3 dari ketinggian loyang.
  6. Kemudian, bakarlah di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius.
  7. 15 atau 20 minit selepas itu, angkat cupcake dan sejukkan.
  8. Jika anda suka, Cupcake Vanilla yang sudah siap untuk dihidangkan boleh diberikan hiasan krim vanilla yang manis. Atau anda juga boleh letak Oreo di atasnya agar penampilan Cupcake Vanilla anda ini kelihatan lebih menarik.

 

Jangan lupa SHARE resepi ini.

<< Dapatkan resepi kuih buah rotan di sini.

 

Previous post

8 Makanan Kesihatan Wanita Terbaik

Next post

10 Rahsia Kulit Wajah Menawan Ala Artis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *