Selera

Resepi Buah Melaka

Resepi Buah Melaka - woman online magazine

Kredit Foto : bp

Resepi Buah Melaka.Ramai yang menyukai kuih buah Melaka dan menjadi salah satu menu kegemaran ramai sewaktu berbuka puasa. Jom cuba Resepi Buah Melaka istimewa ini.

Pastinya waktu berbuka puasa menjadi salah satu waktu yang paling istimewa. Lebih seronok lagi apabila kita dapat menyediakan sendiri juadah berbuka tersebut, biarpun hanya mampu dengan satu menu kuih!

Sebenarnya ada banyak menu istimewa yang boleh kita buat, tetapi elok juga jika kita mulakannya dengan resepi yang cukup mudah iaitu Resepi Buah Melaka atau Onde-Onde.

 

Dapatkan Juga: Resepi Puding Trifle

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Buah Melaka

Sebungkus Tepung Pulut

Secawan Tepung Gandum

5 Helai Daun Pandan

½ Sudu Teh Pewarna Hijau

1 Sudu Garam

Gula Melaka Secukupnya – potong dadu

Sebiji Kelapa Muda (diparut – ambil bahagian putih sahaja)

Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut

Air Secukupnya

Sedikit Kapur

 

Dapatkan Juga: Resepi Puding Jagung

 

Cara-Cara Membuat Kuih Buah Melaka

  1. Campurkan ke semua tepung dengan air daun pandan,garam dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat melekat di tangan.
  2. Gentelkan adunan sebesar biji guli atau ibu jari dan leperkan.
  3. Kemudian isikan gula Melaka yang telah dipotong dadu ditengah­tengahnya.
  4. Tutup adunan kemas-kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
  5. Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan agar berbau wangi.
  6. Setelah itu masukkan bebola adunan kuih buah Melaka tadi ke dalam air yang mendidih.
  7. Bebola kuih buah Melaka itu akan timbul apabila sudah masak.
  8. Ceduk, angkat dan toskan dan terus masukkan pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
  9. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Dapatkan Resepi Ikan Kerapu Masak Stim di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Mengatasi Kesedihan Hati

Next post

Resepi Ayam Masak Merah Menyala

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *