Selera

Resepi Brownies Kukus

resepi brownies kukus - woman online magazine

Kredit : dapuresep

Tidak rugi jika anda mencuba Resepi Brownies Kukus ini, sebab testurnya benar-benar lembut serta kenikmatan rasa coklatnya cukup memikat rasa.

Cara membuatnya cukup mudah, sama juga seperti kek biasa yang anda buat. Resepi Brownies Kukus ini kaya dengan rasa coklat. Selamat mencuba!

Bahan A

4 biji telur ayam (sederhana besar)

150 gram gula pasir

7 gram ovalet

¼ sudu teh esen vanilla

Bahan B(campur dan diayak)

85 gram tepung serbaguna

35 gram serbuk coklat

½ sudu teh baking powder double acting

Bahan C (Dicairkan Di Stim)

120 ml minyak jagung

70 gram coklat masak

Bahan D

60 ml susu pekat manis

Cara Membuat Resepi Brownies Kukus

  1. Sediakan loyang, sapukan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung gandum. Asingkan.
  2. Cairkan bahan C dengan cara stim, gunakan api keci. Jika telah panas, matikan api setelah coklat tersebut cair. Kacau-kacau sehingga adunan tersebut berbaur rata. Biarkan sejuk sebelum dicampur dengan adunan lain.
  3. Pukul bahan A dengan menggunakan mixer dengan kelajuan rendah sehingga ke semua bahan bercampur. Setelah itu, tukar kepada kelajun yang tinggi dan pukul sehingga adunan mengembang, pekat dan berwarna putih.
  4. Perlahankan kelajuan mixer , dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit sehingga tercampur rata.
  5. Setelah itu masukkan bahan C, kacau sehingga rata.
  6. Matikan mixer, dan kacau-kacaukan ia dengan menggunakan spatula secara perlahan-lahan.
  7. Pastikan semua adunan termasuk minyak berbaur rata agar adunan kek ini tidak bantat.
  8. Asingkan 200 gram adunan, letak dalam mangkuk kecil dan campurkan dengan susu pekat manis.
  9. Sementara itu masukan adunan kek ke dalam loyang tadi. Pastikan bekas pengukus anda telah diisi dengan banyak air. Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih menggunakan api sederhana besar. Kemudian masukkan loyang berisi adunan tadi ke dalam pengukus, dan tutup permukaan kukusan dengan kain atau tuala yang mampu menyerap air.
  10. Tutup rapat penutup kukus dan kukus selama 10 minit.
  11. Setelah itu buka kukusan, dan tuang sebahagian lagi adunan yang berisi susu pekat manis tadi di atas kek. Ratakan dengan spatula.
  12. Tutup kembali pengukus dan kukus selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  13. Jika sudah masak, biarkan seketika.Letak di atas atas piring mendatar dan sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

<< Dapatkan resepi kek velvet kukus di sini.

Previous post

Singkap Rahsia Personaliti Di Sebalik Pelukan Suami Anda

Next post

Cara Mudah & Sederhana Miliki Tubuh Ideal Bak Supermodel

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *