Selera

Resepi Biskut Rainbow

Resepi Biskut Rainbow - woman online magazine

Kredit : bp

Biskut Rainbow atau Biskut Lidah Kucing sangat berwarna warni. Selain rasanya yang sedap, penampilan Biskut Rainbow nampak menarik membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk menikmatinya!

Anda mungkin beranggapan bahawa proses pembuatan Biskut Rainbow ini sukar dan memerlukan waktu yang lama, sedangkan ia tidak.Jika anda telah mencuba sendiri Resepi Biskut Rainbow, barulah anda percaya ianya sangat mudah dan cepat jika dibandingkan dengan proses pembuatan biskut lain.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Biskut Rainbow:

250 gram tepung gandum (berprotein sederhana)

25 gram susu tepung Full Cream

150 gram mentega

150 gram marjerin

1 sudu teh esen vanilla

175 gram gula halus

¼ gram halus

2 biji telur(sederhana besar) – Pecahkan dan ambil dua kuning telur dan 100ml bahagian putihnya.

Pewarna, sediakan enam jenis warna.

Cara Mudah Membuat Resepi Biskut Raibow

  1. Ambil satu mangkuk besar. Masukkan gula halus, esen vanilla, garam, mentega dan marjerin Campurkan ke semua bahan dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan 2 biji kuning telurnya dan pukul dengan menggunakan mixer dengan kecepatan sederhana sehingga adunan menjadi mengembang.
  3. Setelah itu masukan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
  4. Masukkan pula 25 gram susu tepung dan gaul kembali sampai ke semua bahan berbaur sebati.
  5. Masukkan pula putih telur dan kacau kembali secara perlahan-lahan dan pastikan ke semua bahan berbaur sebati dan tidak bergumpalan.
  6. Kemudian asingkan adunan menjadi 6 bahagian. Masukkan pewarna makanan yang menjadi pilihan anda dan baur sehingga ia merata.
  7. Masukkan keenam-enam adunan yang sudah berwarna ke dalam plastik segi tiga dengan hujung yang sudah dipotong.
  8. Siapkan loyang dan sapukan dengan marjerin dan picit sedikit ke enam bahagian adunan warnanya sehingga membentuk warna pelangi.
  9. Ulangi sampai semua adunan habis.
  10. Sediakan oven dalam api sederhana dengan suhu 150-160 darjah Celsius.Setelah itu masukkan cetakan biskut rainbow dan bakar selama 12 sampai 14 minit.
  11. Setelah agak masak, kecilkan api dan biarkan suhu oven turun ke suhu 105 darjah Celsius dan bakar sampai biskut rainbow masak dengan sempurna.
  12. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam toples supaya kekal ranggup dan tahan lama.

<< Dapatkan resepi Cupcake Vanilla di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jaga Kebersihan Ketika Anda Period

Next post

Ketahui Cara Mengatasi Infeksi Saluran Kencing

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *